CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 3, 2011

JunHara is a cute couple


hari itu sudah lupa hari apa. aku suka bukak allkpop. konon-konon nak tahu perkembangan semasa gosip hangat suam-suam kuku berita hits di persada seni kpop. tapi selepas itu aku merasakan satu kesesalan. disebabkan jemari aku yang tak berapa nak runcing akibat bertapa sahaja di rumah sebagai suri rumah sepenuh masa menyebabkan aku mengalami saat-saat ibarat cinta aku telah direject sekejam-kejam keadaan.

junhyung dan hara seperti semua orang tahu kecuali mereka yang tak mahu ambil tahu dah dating sejak mei lalu. huhu. apakah berita ini? luluh hati aku. mengapakah mesti junhyung si joker itu terlebih dahulu memecahkan status singlenya? mengapakah? dalam jejaka2 beast, dia adalah bias aku. aku suka dia. kenapa dia suka hara? konpem ramai gigit jari kuku kaki melihat gandingan mereka berdua. kenapa tak rahsiakan aje? hukhikhuk.. kenyataan itu lebih pedih u noe.

tapi dia manusia biasa. takpelah. kasi can mereka ngedate dulu. walaupun aku takdela suka sangat si hara tu. tapi si joker ini mesti tahu apa yang terbaik untuk dirinya. jadi, marilah peminat joker si rapper ini setia tak jadi anti. beast ke, junhyung ke, hara ke, kara ke. 

atas sebab faktor-faktor keselamatan agar mata tidak membengkak dan bernanah, maka gambar couple tersebut terpaksa aku elakkan agar tertempek di sini.

in a nutshell, mereka adalah couple yang cute..