CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 29, 2010

1st entry, 1st love ep. 2


Darjah 6

Aku kurang berkepastian dengan rasa ini. adakah wajar untuk aku katakan aku sebenarnya jatuh cinta pada orang yang aku belum pernah jumpa dekat2? atau dengan bahasa omputehnya face to face? hey, jgn sembarangan ye! aku bukan terlalu gatal untuk bercinta. seriesly, it just hepen like that. kisah bermula bila aku selalu tunggu van sekolah dengan seorang kawan sekelas yang bernama A. A pula tunggu bas sekolah. A ialah seorang kanak-kanak perempuan ye pada masa itu.

di bawah jejantas biru itulah yang sering menyaksikan aku dan kawan-kawan berkejaran tanpa rasa malu (meskipn banyak kereta, lori, motor, basikal, bas mahupun beca yang sering lalu lalang). ditakdirkan, aku menaiki van sekolah yang selalu datang lambat. mungkn sbb perkhdmatan van sekolah tersebut mjadi rebutan ramai. hinggakan aku terpaksa menunggu lama.

nak djadikan cerita, bas sekolah A datang awal dan membekalkan membawa ramai penumpng dpd sekolah menengah. hari itu, stlh aku agak frust krn A tlh naik bas dan tak dpt teman aku berkejar2, aku pun duduk di bwh tiang lampu. waktu itu, bas  belum gerak ye. sbb ramai kanak2 beratur dengan sopan berebut nak naik. tiba-tiba aku dengar suara dr dlam bas. "Phewittt~~" " Sorang je ke?". kurang lebih mcm tu r. aku buat donno bukan sbb jual mahal. tp aku rasa phewitt itu ditujukan kpd org lain iaitu budak2 darjah 1 yang juga ada di situ.

esknya, A mbawa satu khabar.

A        : Euha, ada abang nak kenal.
Euha : Abang ane? Awk mne ada abang kn? (dr dlu saya memang sopan. berAWAK-SAYA je bila bercakap)
A       : Saya mmg r xdok abang. awak ni... abang form 3 dalam bas. dia kenang (suka) ke awak.
Euha  : Bukan saya kenal pn. tak mboh ar.
A       : Tapi kan, muka dia macam Tomok.

Serta merta wajah aku bercahaya. dulu lam kelas aku terlau ramai fanatik Tomok termasukla aku. jadi, tak dpt knl Tomok lam tb tu, knl kembar jauh Tomok pn kira orait.

Euha  : Er...
A       : Nk ar tu...

Jadi, kami pun bertukar2 la biodata. A adalah orang tengah aku dan dia. kira hebatla. sebab zaman aku xde main henfon2. henfon tu pn aku x berapa pasti kenapala harganya mahal sangat. 

kami tak pernah jumpa. setakat dia tengok aku dlm bas, aku plk tgk dia dri luar bas. takdela sampai ke tahap aku jumpa pak cik bas tu dan berkata, "Pak cik, nak tumpang buleh? nak cakap2 ngn Arif (oh, namenya Arif ya kawan2) jap. pastu, pak cik hantar la saya balik sini. sebab saya balik naik van Ma." oh.. tidak ye. maunya pak cik tu genyeh mulut aku dengan minyak hitam bas. balasan sebab kecik2 dah nampak sifat2 nak menggedik.

kami cuma cakap melalui telefon. aku pun dah lupa cakap apa. kira bercinta (bercinta ke?) mlui telefon dan juga dr luar dan dlm bas la waktu tu. (ada ke?). agak lama lepas tu, aku pn dah tak nampak dia lagi. A pun xtau mana dia sebab dia dah lama tak naik bas tu.

kami lost kontek sampailah aku masuk sekolah menengah. takdelah pulak rasa frust ke ape ke? ibarat nothing hepen. er.. cinta pertama ke tu? bukan ke orang kata cinta pertama susah nak lupa. buat kita jadi angau la... tapi aku excited masa mula2 je. lepas tu biasa aje. hurm...

Sekolah menengah

Aku bukanlah seorang yang femes maupun gorjes sampai berebut2 manusia beratur sbb nak kenal aku. dijadikan cerita, ada seorang hamba Allah ni. sekelas dengan aku. seorang classmate yang tunjukkan pada aku, budak laki ni ni tulis nama aku dalam satu buku notenya. au.. spesel benarkah nama aku? sampai tulis2 segala dlm buku. time tu, aku pun xtau apakah respon yang sepatut aku berikan. kerana aku bknla lawa spt siti nurhaliza sampai ada yg suka. 

the next year, kami still dlm kls yang sama. waktu itu, hormon2 seperti estrogen, testosterone, phenylethylamine, dopamine, noradrenaline, endorphins, oxytocin dan serotonin banyak yang merembes lam badan aku. hormon2 ni lah antara penyebab seseorang jatuh cinta. waktu tu, aku bendahari homeroom kami (sape penah duk mrsm tau la homeroom tu mende hape). satu kelas ada dua homeroom ya kawan2. aku kutip duit untuk satu jamuan ppisahan lps dpt keputusan yang soheh bhw mrsm tmpt kami bljar akn dtutup. so, nak la jgk buat jamuan ppisahan scr kecil-kecilan.

oh ya, mlm sebelum kjadian. waktu sdg prep malam, aku ni duduk kat barisan belakang sekali dalam kelas. ada tiga meja dan aku duk kat tengah2 sekali. sdg aku kusyuk menelaah pelajaran (kononnya), aku sedar ada satu objek asing kaler putih duk sebelah aku. bila aku angkat muka, aku tgk dia dah duk tepi aku. dan2 aje sorang kawan pi tangkap gambar kami. aku dengan muka terkejutnya, toksah cakap r. dan2 time tu juga aku bagi satu pukulan padu kat belakang badan dia. berlapik ye kawan2 ngan baju melayu yang dia pakai. malu aku tau. walau lam hati sikit2 bunga2 cinta tiba2 bercambah.

esk hari, aku duk la dlm kelas time waktu rehat. bru abis kira duit jamuan. tiba2 aku rasa kelas dah gelap sket sbb pintu depan n belakang ditutup secara paksa. aku nampak dia sorang berdiri di stau sudut. nerbes aku time tu toksah cakap r. kwn2 sekelas aku plk, bukan men sporting agi. konon2 bagi can tuk kami (eceh). kalau la pegawai jais ada, time tu gak kami kena tau.

aku masih ingat agi ayat pertama yang kuar dari mulut aku time aku nampak dia. " Mu nak mende?" kasar ke? tak kisah r. tapi tu la ayat yang mjadikan kami berdua berkapel. aku pun dah lupe ayat apa yang dia duk hembus2 sampai aku pun dah suka gila kat dia. best la woi. dalam kelas, kalau cikgu takde selalu kami nge'date' ngan satu lagi pasangan. hehe.. tapi kami nge'date' di tempat yang terbuka ye. ramai yang nampak. supaya semua orang jeles. kih3.. okey, sila tekan [X] di atas kalau dah muak  ye.

Gadis : Terima kasih sebab sudi panah hati saya dengan cinta. sekarang saya nak awak tolong panahkan hati junhyung untuk saya..
Jejaka : kejap la. saya nak panah hati Yoona dulu ye.. gee gee gee baby baby..
abaikan perbualan di atas....

disbbkan aku time tu dah fall in love abis2, penah time tu mase nak jamuan homeroom, satu butir nasi minyak dan kepak ayam yang digulaikan pn langsung aku tak sentuh. semua gara2 hormon di atas yang terembes saat aku berdepan dengan dia. sangat bodoh tindakan aku waktu tu sampai nasi minyak yang sedap itu aku langsung tak sentuh. perut pn rasa kenyang je. sgt2 la aku bodoh sbb membazir.

waktu time jamuan ppisahan kelas, aku konon2nya terasa ati ngan dia sebab sebelum tu dah janji sama2 nak pakai baju kaler brown. bila malam tu, aku tengok takde r brown mane pn baju dia tapi aku kecik ati skejap aje sebab bunga2 cinta lagi banyak.

bersambung...





Wednesday, July 28, 2010

1st entry, 1st love...


TESTING TESTING... 1, 2, 3.. Mikrofon okey.. sistem okey.. penulis blog yang baru nak merangkak-rangkak taktala insan lain sedang lena diulit mimpi pon masih okey.

kak, apesal suara audiens tak bape clear?

Lantak pi la Key wei. depa semua dah pi tidoq. hang nyanyi untuk akak aje la ye.. cuba nyanyi lagu Noona You're So Pretty tu untuk I (tetiba).
sebenarnya, saya (lembut kan bunyinye?) baru nak ngetest blog. tetiba rasa nak buat blog. bukan sebab sebab semua insan almost around the world (benarkah?) memiliki blog maka saya pun nak berblog sama. oh, tidak sama sekali. sebenarnya, hampir setiap hari saya kebosnn akibat malas buat esaimen. makanya banyak waktu sengal singgang senggang yang saya punyai setelah ditolak campur sgl bagai dengan wktu kuliah dan wktu menganyam mimpi yang bukannya selalu indah, sebaliknya ngeri, lalu saya buat keputusan untuk berblog (kononnya) bagi mengisi keruangan kosong tersebut. sila tunjuk ajar ye..

mengapa di 1st entry sudah mahu cerita fasal 1st love? adakah saya sedang dilamun cinta pandang pertama? oh, oh, oh... tidak benar semua itu. saya sebenarnya terasa mahu meluahkan pengalaman itu semua. kerana apa? kerana saya mahu. jangan bimbang, tiada caj tersembunyi yang saya kenakan.
bersambung....
" Ni yang buat muka aku sentap ni.. apa, kau ingat blog ini macam Boys Over Flower ke nak men sambung-sambung? " gertak Junpyo dalam bahasa ibundanya.

++"  sebab saya mngantuk la, " jawab saya sambil senyum. sebab walau muka dia bekeng seperti rimau sekalipun, dia tetap Junpyo yang kacak. (xde motif)