CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 22, 2010

Alex Chu


musim exam menjelma seperti mana musim hujan dan banjir melanda negeri2 yang berkenaan. agak cuak juga sebab sepanjang cuti baru2 ni, berapa ketul aje ilmu masuk dalam kepala sebab aku lebih banyak studi cerita2 kat tv.




 

skip the intro. alex chu. siapa tu? dulu aku pun tak tahu siapakah gerangan insan ini. pernah la tengok dia masa we got married zaman kapel hwangbo dengan kim hyun joong dulu. aku takdelah follow dia tapi aku suka sangat tengok karekter dia masa jadi husband shinae dalam wgm. bagi aku, dia adalah seorang yang sangat besh. besh tang mana? dia caring, calm, romantik, soft spoken, sangat melindungi pasangannya dan dia good looking. sweet? tak taulah sesuai ke tak aku nak label lelaki umor 31 sebagai sweet. hah, tapi itu menurut mata aku yang rabun ni la. dah pakai spek pun aku tetap nampak dia seperti ciri2 di atas.


  
alex ngan x-wife. skang shinae dah kahwin pom. bukan kahwin tipu2 tau. dia dah kahwin yang betul2 punya.



aku baru mendownload album dia iaitu my vintage romance. tapi ni album tahun 2008. argh, gasakla. hmm, tak sia2 aku download. memang best lagu2 dia. suaranya sangat membuatkan anda melting. rasa macam alex tengah berdiri dan nyanyi live depan aku. bagi aku, selain xiah junsu, taeyang big bang , seungho mblaq dan onew shinee, alex chu ialah individu yang berjaya menduduki carta insan2 bersuara lemak merdu mengikut skala pendengaran telinga aku. bukan bias tapi memang betul pom. lagi2 bila nyanyi lagu tangkap leleh. oh alex~

aku memang sudah benar2 jatuh hati dengan suara dia. puncanya sebab dulu dengar lagu ost my lovely sam soon.  tajuk lagu tu she is. memang kaw2 suara dia nyanyi lagu nih. time tuh tak tahu siapa penyanyinya. bila dah buat CSI sket, ohhh rupanya alex wgm ni~ dia juga merupakan member grup clazziquai. selain menyanyi dia jugak berlakon. cam skang, drama smile again yang dia berlakon tengah duk main kat cenel 391.

hari tu time cuti aku tengok happy together. alex jadi salah seorang tetamu dalam show tu. boleh tahan lawak jugak dia ni. tapi sangat keciwa sebab time hujan. makanya, cenel menjadi hitam secara tiba2. takpe2, nanti leh search kat tenet.


ok, itu sahaja aku nak stori sal alex.

0 sedang ZZZ: