CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 22, 2010

lipas dan simon d



hola semua. hari ini selamat menjawab satu paper yang bernama english for communication II. mintak pada Allah semoga baik2 aje misi aku menjawab exam kat sitc.  

habis exam terus pi borong barang sikit. ingat nak pergi dengan nani. dia pulak dah selamat mendarat dalam bas. kami exam paper sama, attend pun kelas yang sama. tapi dia jawab exam kat dewan peperiksaan. lain tempat. so, wujudlah ketidaksampaian hajat untuk aku berjalan2 dengan nya. usha2 kat mini mart tuh. nak cari ubat gegat. tapi bia bau wangilah. tapi tak jumpa yang sebati ngan diri ini. ish, macam aku pulak nak selet2 ubat gegat kat badan sendiri =.='

ekceli, aku sedang memendam dendam dengan kerabat lipas nih. huih.. sangat menduga kewibawaan kesabaran aku. bukak aje pintu bilik semalam lepas berjam2 tahan sakit belakang duduk dalam bas yang seatnya ala2 keras sikit daripada biasa, aku disajikan dengan gelimpangan mayat2 lipas yang menemui ajal dalam bilik aku. banyak wooo.. ni mesti kes keracunan udara sebab hari tuh sebelum start cuti ada orang datang sembur asap nak bunuh nyamuk aedes tuh. maybe effect terhadap antibodi lipas memakan masa berhari2 sebelum menyebabkan mereka kehilangan nyawa secara berjemaah. takpun sebab mogok lapar fasal aritu aku cuti tak say bye2 kat mereka. takpun bunuh diri secara beramai2 sebab aku balik tak tinggal pesan + makanan untuk mereka jamu. tu sebab tunjuk protes dengan gigit tisu aku tuh. berlubang2 sampai membazir beberapa helaian tisu. gamaknya, mereka pikir beli tisu guna ayaq liur ke hape?

kalau jumpa aje dengan aku, memang aku akan perambat dengan penyapu. bagi satu hentakan padu tapi takdelah sampai tahap tercirit badan lipas tu lalu mati. eii, geli la. nanti nak kena bersihkan tempat kejadian pulak. satu hal. loya aku. setakat pukul2 manja sampai mereka ala2 pengsan ke, nazak ke, pastu hantar terus ke tong sampah adalah modus operandi aku setakat hari ini. ada juga yang berjaya menyelamatkan diri. menyebabkan pemburuan aku terhadap kelibat lipas semakin membuak2.

aku pun tak pasti sebab apa suka bebeno kerabat lipas ni mendiami rumah yang aku sewa ni secara haram. pulak tu, selamba badak aje merayau2 dalam bilik aku + drawer aku macam rumah ni mereka yang punya. nak kata kotor sebab sisa makanan berpeleseran merata2 takde pulak. nak kata aku dan housemates lain membela pun tidak juga. hmmm.. nantila aku wat CSI.

haha. panjang btol intro aku. takde kaitan dengan tajuk pun. saje nak cerita2. bia semua tahu aku sebenarnya bukan penternak lipas. takutla jugak member2 mai singgah rumah tengok lipas berkeliaran tanpa pedoman, kan dicopnya aku seisi rumah melakukan bisnes ternak lipas secara diam2.

hurm, tengah duk memikirkan masa depan ni, tetiba teringat fasal abang2 ini. check it out bebeh.!




 kim jung hoon. tapi aku lebih kenal dia sebagai prince yul dalam dram goong @ princess hour. juga seorang penyanyi. lahir tahun 1980.


jeong ki seok. atau lebih dikenali sebagai simon dominic. merupakan salah seorang member supreme team. lahir tahun 1984.


haa.. ada iras2 tak? ada ke tak?? hari tuh kan, time cuti aku mula2 ternampak simon d nih. dekat cenel onehd selalu siarkan klip persembahan artis2 tiap kali pas habis sesuatu rancangan in case kalau still ada lagi masa sebelum the next progrmme. so, selalu sangat (tiap kali aku bukak cenel tuh la) siar klip supreme team masa wat perfomce. bukak cenel kbs mse rancgn yu huiyeol's sketchbook, dey all jadi tetamu. tgk prgrm chocolate kat onehd, dey all jugak jadi tetamu. dah selalu tengok, terperasaan la yang muka ni macam familiar sangat. i mean muka si simon d ni la. ohhh, macam prince yul la. kan3. tapi yang ni versi rapper. simon d ni suara dia husky tau. aku rasa kalau dia jerkah sikit aje mana2 budak kecik, konpem budak tu trauma. still, suara dia sedap taktala menembusi corong telinga aku. 

tapi dia dah ada gf. sama juga profesion cam dia. penyanyi indie nama lady jane. dah 3 tahun kut depa dating. kalau nak compare dengan kim jung hoon, jauh panggang dari api kut, mengikut mata aku la. mata orang lain aku tak tau. kjh ni versi lelaki ala2 romantik gitu. suara dia lembut aje bila bercakap. kalau simon d ni, kasar la aku dengar. sebab suara husky kan. lagi plak, dia rapper. mana ada rapper cakap lembut2. satu yang aku berkenan kat simon d ni, seems like dia sangat loyal dengan gf dia. tak caya try tengok happy together masa dia dan yonghwa cnblue jadi tetamu. fyi, simon n yonghwa datang dari busan dan bsekolah kat sekolah yang sama. satu lagi, dia kelakar la. bonus di situ *wink. bagi aku, lelaki yang funny sangat menarik. walaupun muka ketat ke, hape ke, tapi bila dia ada sense of humour kan, otometik saham naik tinggi2.


ni lagi aku tepek gambar simon d ngan kjh. ihsan daripada google.



 kjh



 simon d dengan min miss A



 kjh

 simon d dengan yonghwa cnblue



kjh



supreme team



okey. sekian saja laporan hari ini.