CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, February 26, 2011

berita sedih

tadi aku call adik aku. kemudian dapat tahu kakak sulung aku masuk spital kat KT. tapi tak tahu fasal apa. curious jugak. bimbang pun ada. tiba-tiba aje kan. masa aku tepon ayah aku, dia takde pulak cakap apa-apa. ayah aku memang gitu. apa2 hal yang jadik dia takkan bagitahu aku. konon tak nak aku bimbang rungsing apa semua tu la. tapi akhirnya aku akan tahu jugak.

hasil penyiasatan aku dan adik aku, dapat tahu yang kakak aku dah lost baby dalam perut. kalau tak silap dalam 7 bulan gitu. baby boy. sedih nya. tak caye pun ada. sian kat dia. anak pertama dulu pun meninggal lepas seminggu dua dilahirkan. aku lupa sal time tu aku baru 6 tahun. sekarang anak yang dijangka jadi anak bongsu dia pun meninggal sebelum sempat tengok dunia. kesian kat dia. nak pi jenguk jauh.

aku harap semua akan ok saja.

Sunday, February 20, 2011

saya sudah ketagih, apa boleh buat...




lagu inilah buat saya edikted. kalau boleh hari-hari mau dengar. kalau anda kipas susah meninggal k pop, anda patut tahu kewujudan H.O.T ini. ini kan 1st idol generation u noe. kita2 sekarang cuma kenal idol groups masa kini aje kan. sesekali jum kita back to the old time. saya pun dulu tak kenal sangat. saya kenal bang kangta tapi tak tahu pulak dia bekas ahli kumpulan ini. H.O.T dah lama berpecah dah. bang tony ada jadi MC dalam oh my school setiap hari selasa kat kbs cenel tu. bang hee jun a.k.a leader H.O.T, anda boleh jumpa dekat strong heart show. mereka sangat fun. yang lain tu saya tak pasti mereka buat apa sekarang. jum kita menari lagu candy sama2.



ni MV mereka. very kawaii . .

video




ini live performce . .
video


dulu2 takde HD. tu yang gambar tak comel gitu. takpe, yang penting lagu ni fun. enjoyyyiisssshhhh everyone. lupakan sekejap esaimen dan masalah anda :)

Saturday, February 19, 2011

kalaula bang nadal tahu, tentu kuciwa . .



setiap hari khamis ialah merupakan hari saya menyingkirkan peluh yang berlebihan. hari2 lain berpeluh gak. almaklumlah, duk kat perak ni sejak dua menjak ni saya rasa panasnya tahap yak auw auw. gila2 tahap panasnya. gi kampus sana sini tengok awek2 jejaka hangat lenggang lenggok berpayung bagai. erk, termasuklah saya. panas u noe! tidur malam2 pun camtu gak. dah bangun pagi terperasan betapa panasnya bilik ini. adakah saya sebenarnya maraton semasa tidur? saya buntu.

well, everybody. semester ni saya ambik sukan tenis untuk subjek kokurikulum. yaayyy!! terketaq-ketaq gak awal sem dulu nak beli raket yang ala2 jauh panggang daripada fire macam bang nadal punye tu, tapi takpe la. benda dah berlalu. saya pun eksaited gak nak blaja maen tenis ni. tak terer macam jiran bang nadal pun takpe. asal leh feeling2 maria sharapoba giteww,,,


 yak aum aum.. bang nadal nampak hijau la. ala2 tarzan giteww. marah kew ai cakap macam teww - luga la ayat eww eww..

sebelum start belajar, haruslah kite MEMANASKAN badan. panas okey? cuaca panas, badan pun nak dipanaskan. walaupun dalam kul 5 gitu, matahari masih lagi sedikit terik daripada tengah hari buta. pulak tu kena lari round court tenis 3 kali bersamaan dengan 3 gaya yang berbeza. mula2 lari macam biasa. pastu kena lari ala2 macam ketam berjalan gitu, tapi versi laju. pastu last kena lari sambil kaki kepak kepuk sikit aje lagi nak kena punggung. penat tau.

kemudian lecturer kami ala2 chinesse gitu mukanya suh pecahkan kepada 2 group. satu duk kat kiri court, satu duk kat kanan court. pastu kena lari zig zag. penandanya ialah garis putih yang ada kat court tuh. ala, takkan tak tau kut. buat2 tau ye. namanya pun zig zag. kaki kena ikut garis putih tu. rasa macam nak tercabut kaki plus tercarik seluar pasal dia punya gap antara kedua2 line tu jauh okey?

puas berzig zag merentasi court, kena pulak lompat kiri ke kanan sampai dia suh stoppp. kemudian kanan ke kiri. kemudian depan ke belakang. kemudian belakang ke depan. dah la saya kena kat tempat yang panaihh terikk. haruslah peluh menitik macam hujan. crazy u. dah lama tak berpeluh camtu.

lepas tuh lecturer saya suh buat 1 aktvti lain pulak. masa tuh saya dah serender. nak muntah, kepala pening. menderita saya rasa. tak pernah lagi sebegitu rupa saya menderita sebab aktivit gitu. masa duk plkn dulu walaupun kawad kaki tengah panas, poco2 24 jam tanpa henti, flying fox merentasi banjaran kalimantan, aerobik sampai cd lagu rosak tapi takdelah rase gitu. nampak sangat kan tak pernah eksesais ala2 budak sains sukan. apalagi, saya pun duklah tepi court minum2 air. sambil tu tengok bakal pemain2 tenis kebangsaan yang lain buat aktivit seterusnya.

kemudian, dah agk2 oke gitu, barula saya pi join. kami prektis forehand n backhand n apa nama lagi entah teknik2 pukui bola yang kuar ikut mesin tu. sebelum tu rasa dah konpiden nak pukul bola pakai teknik betul, alih2 bila buat sorang2 tak jadi plk. bola leh pukul cuma teknik tak betul. ramai gak macam tu. frust okey.

pastu ada lagi la prektis2 yang lain. tapi saya sangat frust. tak tahu kenapa semua benda saya buat hari tuh tak kena. lecturer selalu pesan mata kena alert dengan bola. tengok bola. tapi, saya tengok bola cuma tangan saya tak selari dengan mind set. tak paham saya kenapa. ibarat badan kat siti, jiwa dah melayang ke mana. sume sebab eksesais kah? :(

saya sangat frust dengan diri sendiri hari tu. agaknya, kalaula bang nadal ada di situ, belum tentu dia akan pandang saya. memalukan raket tenis beli mahal2 cukup buat belanja makan setengah bulan kalau boros nak mati dan dua bulan kalau terer gile bab2 jimat cermat amalan mulia ni. kalaulah saya diumpat sebab tak pokes dan kalaulah bang nadal tahu, tentu dia kuciwa. motip?? takde motip pom...

sekian karangan stpm saya.

Friday, February 11, 2011

tersinggung menyinggung



assalamualaikum and 안영허세요 everyone..


suka bebeno aku tengok betapa berkaratnya blog ini. macam blog buangan aje. huahua. selama holiday CNY, haruslah aku tak online. tipula kalau kata x online lasum kan? cuma, aku tak berapa nak heran sangat dgn broadband tu. asal ada tv + estero, hidup aku sudah lengkap.

aku baru aje dapat seorang kakak ipar. perasaannya? tak sabar nak tunggu dapat anak sedara baru. hahaha. aku memang tamok bukan tomok ye. aku suka beby2 ni. very kawaii okey.

yang takleh terimanya, soalan cepuberas. "bro you da kawen siap sanding bagai. u bila lagi"

see? suka sangat singgung perasaan aku tau. mementang aku single pringles, suka usik kalbu aku ngan soklan gitu2. nanti jodoh aku mai, aku kawenla. kan kalau aku kata tunggu 이 홍기 masuk meminang kan, kate aku tak sedor diri pulok T_T

boringkan? aku takde modal nak stori mori. cuma la kan. rabu baru2 ni, aku pi pekan tm nak soping2 sket kan. pastu kan, aku pi bank cimb. nak pi tanya kut2 ada kerja kosong ke (tipu d situ). ada sorang teller perempuan yang duk kaunter no. 2. aku tak suka perangai dia. dah la tak mesra pelanggan, eksen lebeyh. entah kenapa, aku rasa setiap perkataan yang kuor dari mulut dia agak MENYENYEH bunyinya. okey, orang kata jangan judge seseorang dari luaran aje kan. fine, aku tahu. tapi bila kau mendengar dia tegur sorang mak cik cleaner dengan penuh nada sinis silu telinga mendengarnya, apa kau rasa? dah tu, member kat belakang siap sengih macam kelako sangat cara teller tu tegor auntie tu. konon2 hebat la boleh wat gitu? sian aku tengok. kut ye pun nak tego keje tak molek ke apa ke, janganla depan orang gitu. kalau nak jugak tego depan2 orang, as if kau lebih tinggi tahap pendidikan, gaji, pangkat ke apa, tego la dengan berhemah. sian aku tengok auntie tu. tersengih2 je kena tego gitu. dah la volume teller tu cukup untuk bagi satu bank dengar. nyampoh aku.