CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, September 8, 2011

Addicted #2 CNU

u always melt noona's heart  ♥♥ 

cnu

 

*mood meroyan. at the same time agak depress fasal sabtu ni dah kena balik tg malim. ouh, so sad TT_TT
**credit to google for CNU's picture

Monday, September 5, 2011

Kutulis Namamu -Bab 3-



“KAU betul-betul dah melampau. Kau tahu tak?”

Nazim tersenyum sinis. Angkuh sekali lagaknya. Zara yang berdiri tidak sampai sedepa daripadanya dipandang dengan selamba. Suka benar melihat gadis itu marah-marah.

“Apa?” Nazim bersuara bila Zara merenungnya lama.

“Apa kau tanya? Ni, memang kerja kau kan?”

Serentak Zara menyuakan kasut sekolahnya yang bercantum menjadi satu. Gara-gara tali kasut kedua-duanya diikat rapi antara satu sama lain.

“Woi, busuklah. Apa la duk sua-sua kasut sekolah depan muka aku.” Nazim dan Naim ketawa kuat. Disambut oleh Keifli dan Rezal yang sedang memakai kasut masing-masing.

Zara berang. Masakan tidak, keluar sahaja dari bilik Alat Pandang Dengar (APD) di perpustakaan sekolah, dilihat kasut sekolahnya yang disusun di atas rak yang tersedia sebegitu. Paling dia geram, ikatan tersebut sukar untuk diuraikan. Melihat wajah Nazim yang tersengih-sengih memandang kelakuannya, tahulah dia dalang di sebaliknya.

“Kalau dalam sehari kau tak pedajal orang, tak boleh ke hah?”

“Eh, kau sibuk hal aku apasal?”

“Sebab kau menyusahkan aku. Menyakitkan hati aku.”

“Bila pula? Aku tak kacau kau pun eh.” Nazim peluk tubuhnya. Santai sambil bersandar pada tiang. “Lagipun, kau ni ada saksi ke tuduh aku pedajal kau? Ada? Meh sini aku nak tanya bila masa aku ikat kasut kau jadi macam ni.”

“Kau ni memang tak betul, tahu?”

“Kau ni pakar ke? Boleh tahu aku ni betul tak betul?”

“Tu, atas dahi kau dah ada cop. Kepala otak asyik fikir nak kenakan orang aje. Macam dah takde kerja lain kau boleh buat.”

“Marah ke?” Usik Nazim. Makin galak.

Melihatkan kelakuan Nazim yang semakin menguji kesabarannya, Zara bertindak mendiamkan diri. Terkial-kial dia cuba menghuraikan kekusutan pada kasutnya. Teman sekelas yang lain tika itu sudah lama bergerak ke kelas. Mengejar waktu kerana kelas Cikgu Mat Nor, guru bermisai lenteng yang digeruni hampir bermula.

“Nak aku tolong? Meh aku guntingkan tali kasut kau. Woi Keif, kau ada bawa gunting tak?” Nazim bertanyakan kepada Keifli yang sedang berborak dengan junior mereka. Keifli menidakkan sambil meneruskan perbualan mereka.

Zara masih tidak mengendahkan Nazim. Sebal hatinya tika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Kalaulah hari-hari berdepan dengan perangai biul dia ni, boleh buat aku berhenti sekolah!

“Susah-susah sangat, kau gigit aje lah. Habis cerita.”

“Kau sibuk kenapa? Kerja kau kan ikat kasut aku jadi macam ni, apa kata kau aje yang gigit sampai putus? Boleh?” Mencerlung Zara memandangnya.


“Pandang aku semacam aje. Tunjuk gangster ke?” Nazim angkat kening. Minta penjelasan. "Tak padan dengan perempuan." Zara tarik nafas panjang-panjang. Letih menghadapi situasi tersebut.



“Nazim, sekali aje aku minta dengan kau. Jangan kacau aku boleh tak? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku? Tak cukup lagi ke kau sepahkan meja aku, koyakkan buku aku, pancitkan tayar skuter aku? Tak puas lagi?”

Zara menghamburkan rasa yang terbuku di hatinya. Wajah Nazim yang berubah dipandang tidak berkelip.

“Cakap biar berlapik sikit, ye cik adik. Bila masa aku buat tu semua? Tu bukan style aku lah.”

“Bukan style konon. Memang kau lah. Kau kan yang dendam sangat dengan aku. Aku ada berhutang dengan kau ke?”

Gila. Kenal rapat pun tak ada hati nak buli aku. Macamlah aku kacau hal dia. Sungguh aku tak faham apa masalah lelaki ni. Rimas!

“Daripada aku pancitkan tayar skuter kau tu, baik aku bakar terus. Baru puas hati. Jadi, skill pancit memancit tayar ke, koyak mengoyak buku ke, bukan kerja aku. Ada faham?”

“Eii, kau ni memang sengaja…”

“Banyak bunyi pulak kau ni. Kalau kau nak tahu, ini adalah simptom-simptom yang melanda orang yang kacau hal aku. Macam kaulah.”

Sekali lagi Nazim menuduhnya.

“Kau tak reti bahasa ke apa? Aku tak ada kaitan langsung dengan hal kaulah.” Tegas Zara.

“Lantak kaulah. Penat pula hari ni nak layan bergaduh dengan kau. Kita sambung esok lusa. Takut nanti dah habis modal pula.”

“Aku benci kau. Benci!”
 


“Takkan kau nak sayang aku pula kan? Bye bye Zara. Nak balik ke kelas jangan lupa pakai kasut eh.” Serentak dia ketawa. Wajah mencerut Zara kelihatan indah buatnya. Boleh hilang stress kalau hari-hari cari gaduh dengan minah ni.

“Geng, jom naik ke kelas. Lama-lama kat sini aku takut macam-macam lagi dia sembur aku. Silap-silap boleh buat date dalam bilik disiplin." Nazim ketawa.

Nazim dan tiga orang rakan karibnya lantas bergerak meninggalkan Zara. Meninggalkan gadis itu yang berusaha untuk cuba memisahkan tali kasutnya. Sempat Zara menghantar satu pandangan yang penuh kebencian terhadap lelaki itu. Sakit kepalanya kala memikirkan hari-hari yang bakal mendatang jika dirinya masih lagi menjadi sasaran Nazim.



Zara bergerak pantas memanjat anak-anak tangga menuju ke tingkat tiga bangunan Perdana. Sempat dia merungut kerana kelasnya yang terletak tinggi di tingkat teratas sekali.

Ketika dia hampir tiba ke kelas, dari jauh terlihat Nazim, Keifli, Rezal dan Naim sedang berdiri di luar kelas. Zara menarik nafas lega. Pasti Cikgu Mat Nor belum masuk ke kelas lagi. Di dalam hatinya sempat mengutuk empat sekawan itu yang selalu berlegar-legar di ruang koridor setiap kali guru terlewat masuk ke kelas.

Namun, taktala melihat buku latihan Matematik Tambahan yang dipegang mereka, Zara menelan liur. Seiring kakinya mampir ke kelas, sayup-sayup kedengaran suara ketiga yang paling digeruni seisi sekolah selepas suara Cikgu Amin, guru disiplin dan juga Encik Muzaffar, pengetua sekolah.

Ya Allah, matilah aku kali ini!

Zara mengatur langkah dengan lebih laju. Dia sedar akan kesilapannya kali ini. Kalaulah bukan kerana Nazim, pasti dia tidak akan berada dalam situasi tersebut.

Belum sempat Zara mengetuk pintu kelas dan ingin menjelaskan kepada Cikgu Mat Nor perihal kelewatannya masuk ke kelas, suara yang sangat dibencinya menjengah membuka bicara.

“Cikgu, tadi Zara memang ada dengan kami, kat bawah.”

Zara memalingkan wajahnya, memandang Nazim yang kelihatan serius. Belum sempat dia bersuara, Cikgu Mat Nor telebih dahulu mempersilakan dirinya untuk masuk ke kelas dan mengambil buku latihannya untuk menyertai Nazim and the gang di laluan koridor.

Niatnya untuk mempertahankan diri terbantut apabila melihat wajah Cikgu Mat Nor yang garang itu. Mahu atau tidak, buat pertama kalinya Zara mengikuti pembelajaran secara langsung dari luar kelas 5 Gemilang. Semuanya gara-gara perangai Nazim yang sangat mengjengkelkan dan menyakitkan hati dan perasaan.


*credit goes to google for pictures