CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 23, 2010

I'm still single



aku tak tahula apa masalah ngan diri ini. asal musim kritikal macam exam misalnya, banyakla benda2 yang memujuk rayu aku untuk meluangkan masa dengan mereka lebih daripada aku mengedate dengan pelajaran. ntah bila aku nak berubah kan? 

tadi aku termimpi. jangan tanya mimpi pukul berapa. dalam mimpi tu suruh (suruh ke?) aku buat satu entry fasal lelaki idaman. haha. agak crazy di situ. aku ni kan dah lama menjanda. eh bukan. dah lama tak involve dgn in relationship. setakat crush2 tu belakang cite la. ni yang betul2 hubungan jangka panjang. tapi, relationship aku dengan seungho lain chapter okey. hmm, tak paham? abaikan plis.

mesti yang baca blog aku (eh perasan ada yang baca blog dia) nyampah kan. balik2 cerita fasal lelaki. macam takde life. eh, suka ati akula blog aku. kalau aku duk cerita sal ayam itik pun, buka mereka baca pun blog aku kan?? psiko ke statement tuh?

takpela. gini, sekeliling aku kan, umur baya aku ni dah tengah asyik berkasih kasihan bermadu asrama asmara. cousin aku yang sama umur tapi aku tua lagi sehari daripada dia dah ada anak satu pun. kawan2 aku rata2nya dah takleh nak masuk jarum dah pun. semua dah ada orang chup2 kan. aku?

bagi aku la, ikhlas dari hati, walaupun kadang2 aku rasa  macam "ala, sunyila. takde mesej. takde sape ajak keluar pi makan (tapi kalau ada org ajak konpem aku tolak sebab aku kan pemalas)" , bagi aku benda nih bukan la satu masalah yang besar pun. hmm, masalah ke bila diri masih single?

takpelah, aku malas nak ulas benda ni panjang lebau. tak masuk exam pun kan3. aku cuma nak buat list lelaki idaman kalbu. kalbu siapa? tak kisahla. ini menurut pandangan prof. euha. ish3, kesian... hanya mampu buat list sahaja. takpelah, nanti satu hari akan datang, bila lelaki tersebut sudah muncul depan mata aku, aku stori mori sal dia pulak. tapi, pastikan anda semua bersabar. satu hari akan datang boleh jadi memakan masa bertahun2 agaknya. huahuahua...

CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN KALBU

1. Lelaki yang ada sense of humor.

waa.. perempuan macam aku sangat suka lelaki yang ada sifat ni. tak kelakar tak berserila hidup kalian. lelaki yang ada sense of humor akan buat perempuan rasa hidup mereka tidak perlu lagi buang masa tengok raja lawak ke, tengok mr bean ke, samarinda ke. cukup sekadar meluangkan masa dengan encik kelakarnya. tapi, bukanlah yang jenis buat lawak bodoh takde motif sambil memalukan + melukakan subjek yang menjadi motif cerita lawaknya. cukuplah sekadar dia tahu bila masa nak buat kelakar dan bila masa nak kena serius. kau kena ingat, bersyukurlah bila pakwe ada sifat gini. jangan nyampah walaupun kau tak suka bila dia selalu buat funny. orang yang ada autism dan sindrom asperger misalnya takdenya nak buat benda2 lawak camni tau.


ala, kalau setakat pakwe kalian buat gaya camni, takyah la merajuk sebab malu ke apa ke. dia bukannya buang tebiat. apala sangat setakat buat gini kan? dia tengah nak develop skil sense of humor tu. kan prof euha dah cakap, tak kelakar maka tak berserila hidup. sekali sekala apa la sangat. cuma kalau dia wat gaya gini bila jumpa mak bapak kalian, elokla kalian tolong daftar dia masuk raja lawak. adrenalin dia nak buat kelakar dah tahap max dah tu.

2. Lelaki yang bolehla memasak.

perempuan bukannya nak lelaki kalau masak mesti tip top macam chef wan or oliver twist tuh. tak. cukuplah sekadar kalau boleh nampak effort yang diberi sewaktu tung tang tung tang memasak. kalu terer tu kira bonusla kan. senang keje kalian bila dah kahwin. leh buat shift sape masak hari ni, sape masak hari esok kan. tak ke sejuk hatimu bila bertemu dengan lelaki yang tak kekok nak masuk dapur. takdela jakun sangat bila suruh masak nasi ke, goreng telur ke. sekurang2nya, kalau dah kahwin (kahwin lagi), bila ramai sedara mara tetiba nak makan kat rumah kalian, bolehla mintak tolong suami masak skit2. takkan nak harap isteri je kan. kalau dah namanya rombongan sedara mara yang nak datang tu berpuluh2 (hiperbola tuh), sian kat isteri masak sorang2. nak panggil katerer, tak mampu. jadi, khidmat lelaki yang bolehla memasak adalah sangat diperlukan sekaligus menaikkan rating mereka untuk menjadi lelaki idaman kalbu.

makan2 jugak bang, pandai masak tak ni? kalau setakat masak air, memang takleh masuk kategori lelaki idaman kalbu la

3. Lelaki yang harum

crazy statement tuh. haa, normalla. siapa nak pasangan bau macam kambing kan? baik gi kandang kambing kalau camtu. fitrah manusia biasa la. sangat suka benda2 yang harum mewangi ni. tapi kalau harum tiba2 menusuk hidung di kala malam jumaat tuh, lain cite la. for me, aku sangat tertarik bila ada lelaki yang lalu, tiba2 bau perfume dia menyumbat saluran hidung aku. memang aku akan tengok siapakah gerangannya. haha. macam pervert ke? taklah. bagi aku normal la tu. macam jugak kalau ada benda busuk lalu kat depan belakang dirimu, kau juga akan mencari bau apakah itu kan?


4. Lelaki yang tak kekok dengan budak-budak

picture tells everything. malas aku nak terang panjang lebau. cukuplah kalau aku kata lelaki yang pandai nak handle budak kecik. kan dah leh asah bakat di situ. nanti dah berkeluarga takde la kekok bila dapat anak kan? lagi pula, perempuan cepat tergugat hatinya bila tengok lelaki seperti ini

kau tak sentap ke nanti kalau suami layan anak macam ni? ni semua sebab takde ciri yang tak kekok dengan budak2. kot iya pun merajuk sebab suruh jaga anak, takkan letak budak kecik tu camtu kan? kalau budak tu tiba2 mimpi ngeri sambil meracau-racau ke, tinggi risiko dia nak jatuh tergolek kat bawah tu

5. Lelaki yang memahami

sebenarnya, lelaki yang memahami adalah sangat luas perspektifnya. memahami dalam banyak sudut. contohnya apabila:

- perempuan emo tiba2, lelaki kata "oohh, si dia tengah PMS. takpe2. i paham. kakak i camtu jugak. takde hal punya"
- perempuan tak suka lelaki hisap rokok sampai sekotak sehari, lelaki kata "oohh, dia sayang aku dan duitku. taknak aku mati cepat + taknak kasi pak cik jual rokok tu kaya"
- perempuan tak angkat telefon atau tak balas mesejnya selepas gaduh kaw2 punya, lelaki kata "oohh, dia perlukan masa untuk bertenang. nanti dah sejuk sikit, pujuk balik."

6. Lelaki yang pandai

pandai takde la sampai tahap albert eistein. kalau otak tip top punya, selalu dapat dekan kat uni tapi hati busuk, tak guna jugak kan. perempuan admire kalau lelaki boleh guide diri mereka dengan kepandaian yang dimiliki. contohnya, kalau perempuan curious mengenai proses fotosintesis, lelaki yang pandai akan terang sampai perempuan tu faham. contoh ajela kan. pandai yang dimaksudkan ini bukan sekadar pandai dalam pelajaran aje. perempuan suka bila lelaki pandai ini pandai mengaji, pandai sembahyang, pandai memujuk, pandai tukar tayar kereta, pandai sesuaikan diri ikut persekitaran dan seumpamanya.


banyak lagi sebenarnya ciri lelaki idaman kalbu ni. kan tulis panjang2 kan, lelaki kata perempuan ni demand pulak nk gitu gini kan. kesimpulannya, manusia takde yang perfect. jadi, marilah berusaha menjadi yang lebih baik. haha, siyes tak sesuai penutup aku. again, ada aku kisah??




Monday, November 22, 2010

lipas dan simon d



hola semua. hari ini selamat menjawab satu paper yang bernama english for communication II. mintak pada Allah semoga baik2 aje misi aku menjawab exam kat sitc.  

habis exam terus pi borong barang sikit. ingat nak pergi dengan nani. dia pulak dah selamat mendarat dalam bas. kami exam paper sama, attend pun kelas yang sama. tapi dia jawab exam kat dewan peperiksaan. lain tempat. so, wujudlah ketidaksampaian hajat untuk aku berjalan2 dengan nya. usha2 kat mini mart tuh. nak cari ubat gegat. tapi bia bau wangilah. tapi tak jumpa yang sebati ngan diri ini. ish, macam aku pulak nak selet2 ubat gegat kat badan sendiri =.='

ekceli, aku sedang memendam dendam dengan kerabat lipas nih. huih.. sangat menduga kewibawaan kesabaran aku. bukak aje pintu bilik semalam lepas berjam2 tahan sakit belakang duduk dalam bas yang seatnya ala2 keras sikit daripada biasa, aku disajikan dengan gelimpangan mayat2 lipas yang menemui ajal dalam bilik aku. banyak wooo.. ni mesti kes keracunan udara sebab hari tuh sebelum start cuti ada orang datang sembur asap nak bunuh nyamuk aedes tuh. maybe effect terhadap antibodi lipas memakan masa berhari2 sebelum menyebabkan mereka kehilangan nyawa secara berjemaah. takpun sebab mogok lapar fasal aritu aku cuti tak say bye2 kat mereka. takpun bunuh diri secara beramai2 sebab aku balik tak tinggal pesan + makanan untuk mereka jamu. tu sebab tunjuk protes dengan gigit tisu aku tuh. berlubang2 sampai membazir beberapa helaian tisu. gamaknya, mereka pikir beli tisu guna ayaq liur ke hape?

kalau jumpa aje dengan aku, memang aku akan perambat dengan penyapu. bagi satu hentakan padu tapi takdelah sampai tahap tercirit badan lipas tu lalu mati. eii, geli la. nanti nak kena bersihkan tempat kejadian pulak. satu hal. loya aku. setakat pukul2 manja sampai mereka ala2 pengsan ke, nazak ke, pastu hantar terus ke tong sampah adalah modus operandi aku setakat hari ini. ada juga yang berjaya menyelamatkan diri. menyebabkan pemburuan aku terhadap kelibat lipas semakin membuak2.

aku pun tak pasti sebab apa suka bebeno kerabat lipas ni mendiami rumah yang aku sewa ni secara haram. pulak tu, selamba badak aje merayau2 dalam bilik aku + drawer aku macam rumah ni mereka yang punya. nak kata kotor sebab sisa makanan berpeleseran merata2 takde pulak. nak kata aku dan housemates lain membela pun tidak juga. hmmm.. nantila aku wat CSI.

haha. panjang btol intro aku. takde kaitan dengan tajuk pun. saje nak cerita2. bia semua tahu aku sebenarnya bukan penternak lipas. takutla jugak member2 mai singgah rumah tengok lipas berkeliaran tanpa pedoman, kan dicopnya aku seisi rumah melakukan bisnes ternak lipas secara diam2.

hurm, tengah duk memikirkan masa depan ni, tetiba teringat fasal abang2 ini. check it out bebeh.!




 kim jung hoon. tapi aku lebih kenal dia sebagai prince yul dalam dram goong @ princess hour. juga seorang penyanyi. lahir tahun 1980.


jeong ki seok. atau lebih dikenali sebagai simon dominic. merupakan salah seorang member supreme team. lahir tahun 1984.


haa.. ada iras2 tak? ada ke tak?? hari tuh kan, time cuti aku mula2 ternampak simon d nih. dekat cenel onehd selalu siarkan klip persembahan artis2 tiap kali pas habis sesuatu rancangan in case kalau still ada lagi masa sebelum the next progrmme. so, selalu sangat (tiap kali aku bukak cenel tuh la) siar klip supreme team masa wat perfomce. bukak cenel kbs mse rancgn yu huiyeol's sketchbook, dey all jadi tetamu. tgk prgrm chocolate kat onehd, dey all jugak jadi tetamu. dah selalu tengok, terperasaan la yang muka ni macam familiar sangat. i mean muka si simon d ni la. ohhh, macam prince yul la. kan3. tapi yang ni versi rapper. simon d ni suara dia husky tau. aku rasa kalau dia jerkah sikit aje mana2 budak kecik, konpem budak tu trauma. still, suara dia sedap taktala menembusi corong telinga aku. 

tapi dia dah ada gf. sama juga profesion cam dia. penyanyi indie nama lady jane. dah 3 tahun kut depa dating. kalau nak compare dengan kim jung hoon, jauh panggang dari api kut, mengikut mata aku la. mata orang lain aku tak tau. kjh ni versi lelaki ala2 romantik gitu. suara dia lembut aje bila bercakap. kalau simon d ni, kasar la aku dengar. sebab suara husky kan. lagi plak, dia rapper. mana ada rapper cakap lembut2. satu yang aku berkenan kat simon d ni, seems like dia sangat loyal dengan gf dia. tak caya try tengok happy together masa dia dan yonghwa cnblue jadi tetamu. fyi, simon n yonghwa datang dari busan dan bsekolah kat sekolah yang sama. satu lagi, dia kelakar la. bonus di situ *wink. bagi aku, lelaki yang funny sangat menarik. walaupun muka ketat ke, hape ke, tapi bila dia ada sense of humour kan, otometik saham naik tinggi2.


ni lagi aku tepek gambar simon d ngan kjh. ihsan daripada google.



 kjh



 simon d dengan min miss A



 kjh

 simon d dengan yonghwa cnblue



kjh



supreme team



okey. sekian saja laporan hari ini.

Alex Chu


musim exam menjelma seperti mana musim hujan dan banjir melanda negeri2 yang berkenaan. agak cuak juga sebab sepanjang cuti baru2 ni, berapa ketul aje ilmu masuk dalam kepala sebab aku lebih banyak studi cerita2 kat tv.




 

skip the intro. alex chu. siapa tu? dulu aku pun tak tahu siapakah gerangan insan ini. pernah la tengok dia masa we got married zaman kapel hwangbo dengan kim hyun joong dulu. aku takdelah follow dia tapi aku suka sangat tengok karekter dia masa jadi husband shinae dalam wgm. bagi aku, dia adalah seorang yang sangat besh. besh tang mana? dia caring, calm, romantik, soft spoken, sangat melindungi pasangannya dan dia good looking. sweet? tak taulah sesuai ke tak aku nak label lelaki umor 31 sebagai sweet. hah, tapi itu menurut mata aku yang rabun ni la. dah pakai spek pun aku tetap nampak dia seperti ciri2 di atas.


  
alex ngan x-wife. skang shinae dah kahwin pom. bukan kahwin tipu2 tau. dia dah kahwin yang betul2 punya.



aku baru mendownload album dia iaitu my vintage romance. tapi ni album tahun 2008. argh, gasakla. hmm, tak sia2 aku download. memang best lagu2 dia. suaranya sangat membuatkan anda melting. rasa macam alex tengah berdiri dan nyanyi live depan aku. bagi aku, selain xiah junsu, taeyang big bang , seungho mblaq dan onew shinee, alex chu ialah individu yang berjaya menduduki carta insan2 bersuara lemak merdu mengikut skala pendengaran telinga aku. bukan bias tapi memang betul pom. lagi2 bila nyanyi lagu tangkap leleh. oh alex~

aku memang sudah benar2 jatuh hati dengan suara dia. puncanya sebab dulu dengar lagu ost my lovely sam soon.  tajuk lagu tu she is. memang kaw2 suara dia nyanyi lagu nih. time tuh tak tahu siapa penyanyinya. bila dah buat CSI sket, ohhh rupanya alex wgm ni~ dia juga merupakan member grup clazziquai. selain menyanyi dia jugak berlakon. cam skang, drama smile again yang dia berlakon tengah duk main kat cenel 391.

hari tu time cuti aku tengok happy together. alex jadi salah seorang tetamu dalam show tu. boleh tahan lawak jugak dia ni. tapi sangat keciwa sebab time hujan. makanya, cenel menjadi hitam secara tiba2. takpe2, nanti leh search kat tenet.


ok, itu sahaja aku nak stori sal alex.

Friday, November 12, 2010

korean movie yang best bagi saya


hidup saya tidaklah seronok seperti belia2 yang lain. i mean, keluar dengan kawan2, main bowling, tengok wayang, lepak kat kedai sampai pagi, hujung minggu gi shopping dan seumpamanya. sepanjang saya studi kat upsi, sekali pun tak pernah jejak KL. pekan tg malim tu pun dah berabad tak pergi. uih, sangat jakun diri ini. kawan-kawan lain selalu aje naik KL tiap kali hujung minggu. tapi saya tak kisah pun. saya nak gitau betapa hidup saya flat aje. keluar rumah pun sebab pergi kelas. kalau hujung minggu, katakan 3 hari saya free, selama itu jugalah saya akan memeramkan diri kat rumah. nak keluar beli makanan kat kedai bawah rumah pun saya rasa maaalaas. saya tak kisah kalau 3 hari itu cuma makan megi aje. malas tahap apakah saya?

apakah kaitan penerangan di atas? nak gitau, sepanjang tempoh saya memeramkan diri itu, saya bukanlah rajin (sigh, malas lagi =.=') studi atau buat esaimen sangat. buat2 jugak. tapi saya selalu hadap laptop. sehari tak bukak macam tak complete hidup saya. still, saya buta IT. 

sepanjang saya melalui proses di atas, saya nak share sikit muvie2 korea (khas untuk incik ripin) yang saya dah tengok dan saya rasa best untuk ditonton taktala anda rasa hidup anda sunyi seperti berada di hujung dunia seorang diri tanpa teman.


1. The Case of Itaewon Homocide



cerita ini berdasarkan sebuah kisah pembunuhan yang benar2 berlaku pada 3 april 1997 di mana seorang pelajar kolej yang sedang guna toilet kat sebuah kedai berger king di itaewon ditemui mati dibunuh. sampai sekarang pembunuhnya masih lagi bebas kat luar sana. mangsa dibunuh dengan 9 tikaman kalau tak silap. sangat kejam. mula2 saya tengok cerita ni sebab ada jang geun suk yang pegang watak salah seorang saspek utama. tapi, bila dah tengok sikit, memang best la. tak rugi kalau tengok. bagi saya filem ni menyentuh perasaan. lagi2 bila tengok babak ibu kepada mangsa tu menangis bila keadilan untuk kematian anaknya tak tercapai. sedih sangat.


jang geun suk dalam muvie ni. lawa kan rambut dia. kadang2 saya tengok dia ni macam g-dragon big bang pun ada :)



2. My Little Bride



kisah seorang student umur 15 tahun kahwin ngan seorang guru muda. lelaki tu kawan dia dari kecik lagi. saya dah lupa perincian kisah ni walaupun baru aje tengok. ala, kalau nak tau sangat pi godek google ye. mereka kahwin sebab datuk budak perempuan tu nak sangat tengok keluarganya dengan keluarga lelaki tu menjadi satu lagi keluarga yang lebih besar. macam2 cara datuk tu buat supaya mereka dikahwinkan. opkosla girl tu tak mahu. muda lagi kan. lelaki tu pun sama. last2, kena kahwin juga sebab datuk pura2 sakit tenat dan untuk menjamin supaya kesihatan datuk tak makin teruk, mereka kahwin jugak.

bagi saya, cerita komedi romantik ini sesuai ditonton seisi rumah. lucu, comey sangat kapel ni. there were meant for each other sejak daripada kecil lagi sebenarnya. walaupun girl itu jatuh cinta dengan senior kat sekolah dia. walaupun mereka dah kahwin. alah, mereka kahwin pun bukan sebab cinta. lagi haru bila suami dia jadi cikgu seni kat kelas girl tu. sangat seronok bagi yang menontonnya. oh ye, kawan kepada girl tersebut dalam cerita ni merupakan girlfriend kepada jonghyun shinee. siapa tak kenal shinee memang nak kena tembak dengan pistol.

saya syorkan dua cerita ini dulu kepada incik ripin. jangan tamak okey. sila try tengok dulu okey. ekceli, saya sebenarnya diserang angin malas nak menaip dan memikir. saya sangat tensen dengan add subject untuk sem depan. sangat menyakitkan hati dan perasaan. makanya, otak saya tak dapat fikir dengan baik. adalah baik saya undur diri dulu. nanti dah otak center balik, saya buat entry  muvie lagi ye =.='  . tu pun kalau rajin. muahaha.. adios amigos

Wednesday, November 10, 2010

25 perkara ttg saya



"Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, habits, or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person that tagged you. If I tagged you, it's because I want to know more about you."


sebagai seorang yang amanah dan jujur, saya akan menjawab soalan ini. soalan diberikan oleh cik mai.

  1. saya seorang perempuan. dulu, masa x berapa nak matang, saya teringin jadi lelaki. apakah? sebab saya rasa lelaki itu hensem =.='
  2. saya  sedang belajar untuk menjadi seorang cekgu. layakkah? hmm, tunggu saya grad dulu dalam 2 tahun setengah lagi. kita tengok bagaimanakah cekgu euha itu.
  3.  dulu, saya memang tak nak jadi cekgu. tak suka2. tapi, saya suka main cekgu2 seorang diri. saya suka jadi cekgu yang sangat garang sampai anak murid saya tak berani bergerak sikit pun daripada kerusi. sebab apa? sebab saya nak balas dendam. cekgu2 kat sekolah sangatlah bengkeng. mentalkah saya? tapi itu dulu masa saya tak berapa reti nak fikir panjang. kalau bijak, teka siapakah anak murid saya time itu?
  4. saya suka tido siang dan berjaga waktu malam. mungkin ada darah kelawar yang mengalir dalam tubuh saya.
  5. saya suka baby. bau mereka wangi.
  6. dulu saya penetik gusti. kira hebat sangat bile budak perempuan macam saya tahu pasal gusti. saya suka Jeff Hardy. setiap khamis pukul 11 malam memang akan tercongok depan tv3. kalu termiss sebab tertido awal, memang saya akan bengang dengan diri sendiri. sebab tak kuat melawan dugaan untuk tido. tapi bila dah makin besar, saya dah tak suka.
  7. dulu saya saya tak suka lagu or cerita korea. saya tak faham mengapa dalam lagu mereka harus terselit ayat2 omputeh. sekarang saya sangat suka semua itu.
  8. saya telah berjaya memujuk abang saya untuk tukar astro biasa kepada astro byond. sebabnya, ada cenel 393 tu. bayangkan, berhari2 saya susun ayat untuk pujuk beliau. akhirnya, tak susah pun.
  9. saya suka makan asam dan jeruk.
  10. saya ada tabiat tido haruslah berselimut walaupun ketika tido siang hari atau ketika malam yang tak berapa nak sejuk.
  11. saya tidak boleh tido tanpa kipas. walau sesejuk tahap mana sekalipun, kipas haruslah on ke tahap maksima. kalau tak, saya rasa lemas.
  12. saya tak suka lipat baju. tapi kena buat juga.
  13. saya teringin nak pandai berenang dan pandai main bola tampar.
  14. saya pernah menjadi kipas susah mati valentino rossi selama hampir 5 tahun. sekarang sudah suam2 kuku =.='
  15. saya takut tido seorang diri dalam sebuah bilik. tapi, waktu siang bila saya nak tido dalam bilik, saya tak suka kalau orang lain ada sama.
  16. saya pernah ditipu seorang perempuan yang saya anggap seorang kakak yang jujur lebih daripada 2 ribu ringgit. saya takkan lupa. saya teringin untuk menampar2 mulutnya yang manis bila berkata2. maafkan dia? entahla. tapi, saya silap juga sebab senang percayakan orang.
  17. saya nak kahwin dengan yang seungho T_T
  18. saya pemalas.
  19. saya penakut.
  20. kalau tak kenal orang akan label saya sombong. sebenarnya saya banyak cakap sampai kadang2 mulut saya lenguh. ada waktu, saya tak suka cakap banyak. ini pun akan buat orang salah anggap. ingat saya badmood. padahal saya takde modal nak sembang.
  21. dulu saya sangat sensitif. dalam keluarga saya, saya terover sensitif. sekarang dah kurang dah.
  22. saya tak pernah jejak panggung. saya lebih suka hadap movie depan laptop sambil makan.
  23. masa kecil saya ramai kawan lelaki. dah besar saya tak pandai bergaul dengan lelaki. saya lebih suka kawan dengan perempuan. lelaki buat saya rasa kekok.
  24. saya tak suka duduk kat sesuatu tempat lama2. sebab saya akan teringatkan rumah saya. walaupun bila saya pergi ke rumah kakak2 dan sedara mara saya. 
  25. saya suka tengok rancangan memasak. tambah2 kat astro ni selalu ada rancgan masak2 yang best. tapi saya tak terer pun memasak. tengok sekadar nak jamu mata aje.



itu lah kut random pasal saya. saya pemalas. maka,  seorang yang pemalas macam saya untuk tag orang lain adalah tidak sesuai. siapa2 nak jawab, jawablah. isi masa lapang anda. ok. saya nak tido dulu.