CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 15, 2011

Haunted Changi

assalamualaikum wbt..



semalam baru aje lepas tengok haunted changi. ah? tak tau apa itu changi? tak pernah dengar pun?

lokasi pengambaraan adalah dijalankan di old changi hospital kat singapore. orang2 sana konpem dah masak sal kisah misteri berhantu tempat ni yang asalnya merupakan military base yang dibina British tahun 1930s gitu. pastu, bila jepang datang jadikan tempat tu sebagai prison camp yang sangat besau sebelum jadi hospital dan ditutup dengan resminya pada tahun 1997. dan paling menariknya, tempat tuh merupakan salah satu tempat yang paling berhantu sekali kat dunia. uik, serammm...

bagi aku, filem ini bestla. nerves all the time. kut2 ada benda terjenguk masa tengah asyik menonton kan. ekceli, walaupun aku penakut tapi aku masih lagi boleh deal dengan cite2 seram ni. tapiii, nak dijadikan sejarah lam hidup aku, first time aku terbawak2 sampai lam mimpi. horror tau. sampaikan nak bangun semayang subuh tadi terpaksa aku tunggu rumate bangun dulu. padahal tidur dengan lampu terbukak tu. terbayang2 scene2 yang buat aku tetiba takut nak bangun dari katil.

dari yang aku baca, ada tulis dalam muvie ni terdapat footage yang sebenar tau. oh ya, filem ni ala2 paranormal ke hape yang kisah mat salleh  2 orang tu rakam aktiviti misterius dalam rumah mereka. yang end up si pompuan membunuh si lelaki setelah dirasuk. ape2 pun, tak delah aku rasa rugi aje aku tahan punggung sampai kebas selama sejam lebih masa tengok haunted changi. anyway, gud job everyone. sekali sekala terasa macam pi tour kat hospital changi ni. tengok dari luar pun da seram, apatah lagi kau nak jalan2 dengan hati yang senang kat dalam. siap masuk kat tunnel yang sempit lagi. buat aku rasa macam nak pitam kut2 badan nanti tersepit takleh keluar. seraaammm....

Friday, January 14, 2011

konsert

assalamualaikum wbt..


hmm.. entry ini adalah sebuah entry bosan yang mungkin tidak masuk final exam pun. 


siapa2 yang suka kpop mesti tau kan kalau semalam telah diadakan konsert Beast @ B2ST + 4 minute + G.na kan3? kalau semua yang pi konsert tuh duk hyper lompat2 joget2 nyanyi2 tengok jejaka2 beast yang kawaii lagi hot lagi single kut tapi maybe mereka tak available duk perform atas stage dengan  + peminat dengan penuh keriangan dan kegembiraan kerana hajat nak tengok mereka nyanyi live tercapai, aku pulak sedang mengikuti meeting PERMATA kat audi. saja wat penuh kerusi dan bagi support sikit biarpun dalam hati aku time tuh sekejap2 terpikir agak2 lagu apa depa duk nyanyi ea. haruslah aku rasa seperti meroyan kerana hajat nak melihat mereka dari dekat terpaksa dilupuskan dari ingatan. 

kesimpulannya, haruslah aku meroyan beberapa hari ini sebab kempunan. huargggghhhhh

Monday, January 10, 2011

jepun, japang, nippon waterpaint

assalamualaikum wbt..

tajuk tak penting!

waktu post ini ditaip, jam mnunjukkan pukul 2.59 pagi dan kalau bundar jadila pukul 3. hmm.. tadi dalam pukul 10 lebih aku dah tidurkan lappy ini. kunun2 feeling mahu tidor awal dan hapuskan tabiat tak tido malam tapi tido siang. landing2 atas katil takkan atas lantai pulak kan sambil baca novel chinta ehsan pinjaman library. haha.. aku memang rajin ke library.


sambil tu dengar lagu ft island. makin lama makin sedap suara lee hongki yep. tapi tak kisahlah. bukan lagu dia masuk ajl pun kan3. mesti tadi semua duk kecoh taruk result siap komen persembahan semua bagai. tapi aku masih tak mo ambik kisah. lainlah kalau mereka post sal duit ptptn dah masuk. huhu.. aku nak duit $_$

tetiba rasa perlu masuk tido. tapi dah siap landing penuh hikmah lagi, mata jadi segar bugar macam nampak oguri shun lalu depan aku sambil lambai2 tangan. ahaa.. nape nama ini aje meniti di hujung jari aku. hhmm.. pembawakan cite jepun mungkin.


sebut oguri shun terkeluar gambar bekas tunang. hum, esok mungkin aku akan praktikkan kedudukan, sudut  dan feeling di atas dalam dewan kuliah maybe. tapi haruslah bawak tisu banyak2 incase air madu terpalit di atas meja.

mata aku memang. time aku nak suh tido. banyak je alasan. tak bagi aku dapat rehat mencukupi. hate tau camni. tetiba sedih. huhu.. betapa sunyinya hidupku selepas putus tunang ni. sendiri membawa diri.


bekas tunang. putuih sebab dia lari bawak diri nak jadi penyanyi. tak caye? haa,, sila muntah aku tak kesoh






ekceli aku rindukan dia ni. dah lama tak jumpa. kalau dia ada, selalu gak aku mandikan dia, suapkan nasi kat mulut dia, tidur dengan dia, marah kat dia, cium pipi dia. rindu sangat3. tapi apa nak buat. jodoh kami tak panjang. aku harap dia makin sihat, makin cute, makin membesor. sebab dia ni suka makan nasi. lauk kicap saja pun takpe. asal namanya nasi yang ditanak dalam periuk lektrik. susu pun dia rembat. arghh, rindunya.. sakitkan dalam dada bila kita rindu seseorang. lagi2 kalau kita tau orang tu tak mungkin kembali. saaakiiit sangat2.. biasanya kalau aku cuti, soheh dia akan bermalam kat banglo 4 tingkat aku. tapi hari tu lepas mak dia datang amik, lasum tak jumpa2 lagi ni. aku datang sini pun tak sempat nak polok cium dia. hopefully, cuti raya cina nanti, lehlah aku jumpa dan manja2 ngan dia.




dia bukan nama sebeno. suka sangat mekap2. kira hobi sampingan time takde keje.


feeling ala2 model in trend. aku tak suh pun tapi dia posing sendiri camni.


feeling edward cullen versi perempuan. wujudkah?

OHOHOOOIII... MISS HER A LOT~
k, nak sambung cite jepang. mata dah konpem takleh tutup. bubai..

Saturday, January 8, 2011

lama tak update. ada sape kesah??

assalamualaikum wbt..

lama gila tak menyentuh blog tahap cikedis 3 posen ini. harituh cuti sem haruslah aku mengabdikan diri sepenuhnya dengan estro. teman setia di kala diri kesepian menyambut holiday di rumah kesayangan. tanpa estro, tak bermaknalah cutiku. kala itu, broadband yang laju tahap valentino rossi bawak moto pun aku tak amik peduli. alkisahnya nak gitau d mana ku menghilang. ceh. bajet ada yang kesoh? idak ada lasum.

beberapa hari ini aku agak menanggung kesedihan bila mana niat aku untuk belajar bahasa korea selama 14 minggu tidak kesampaian. diulang ye, bahasa korea. kenapa bahasa itu yang engkau gila2kan untuk memenuhi jam kreditmu? iyalah. sekurang2 tau gak aku speking ala2 korean gitu. dah olmost doplohpat jam (hiperbola di sini) asek duk hadap kbs + onehd aje. sampai cenel len dah tak laku dah. boring cite x best bukak lappy ngadap lagu kpop. feeling konon2 terer nanyi lagu korea wpun suara ke laut + makna dia sepatah dua aje yang paham. yang lain haremmm. 

aku pedap. dah bertungkus lumus aku berusaha add subjek tuh sem lepas. alih2 dapat berita mendukacitakan time tengah syok tido bahawa kelas tersebut ditutup. apakah? mengapakah? aku tak puas hati selagi selagi fakulti language tak bagi aku surat tunjuk sebab. eceh... takla. frust la bagi insan2 yang bersemangat waja cam aku nak belajar ilmu baru. kan terjumpa tourist korean kan, takdelah tergagap2 nak speking kan3..

menci tau. lasum aku amik bahasa jepun. tak tau apa motif. nanti next week tgokla camna kelas tuh. harap2 best. nak lagi best bawaklah oguri shun tu jadi lecturer. konpem aku semangat nak blajar.

oguri shun sensei - bukan sensei jual ubat tuh - tapi xleh la pakai gini. tapi kalau ikutkan aku, okey aje. baru student rasa membara aje nak belajar. hehs.. niat kena betul la. adoiii