seorang teman pernah bagitau kat aku satu masa dulu tapi takdelah la lama sangat masa tu. katanya, "orang perempuan yang minat citer2 korea dan lagu2 korea biasanya baik2." wah... mana la dia tahu. bijak benar dia membuat jangkaan. atas dasar apakah? atau sangkaannya itu memang benar? lihat saja contoh terdekat iaitu AKU. sila jangan geli tekak.
yay, entry ini mungkin x segah kisah tom dipukul atau sehangat lagu mizz nina itu tapi, adakah aku ambil kisah?
sekarang baru la aku perasan bahawa di malaysia ini begitu ramai sukakan KOREA n KOREAN. dalam radio pom dah main lagu2 korea. bukak era dengar lagu nobody. bukak hot.fm kadang2 terdengar jugak lagu shock daripa beast. auuu.. i luvvv beast... zaman aku dulu (takdelah seabad yang lalu) nak dengar orang cakap bahasa korea pun payah. sebabnya, kat tv selalu main cerita indon, industan, kdg2 thailand dan kadang2 filipina. cerita korea ada tapi biasanya dah dialih bahasa.
tapi why kita minat korea? adakah sebab jejaka2 dan gadis2 dari sana jambu, cun, menawan, gorjes, cute, mulus, ramping , hensem, putih lagi melepak, gebu atau sebagainya? hurm... kelihatannya seperti penampilan fizikal semata yang berjaya mencuri tumpuan. tapi adakah benar?
adakah sebab kami cute?
is it because of my curly hair?
mahal u noe nak buat kat salon..
atau kerana kemisterian ai?
of course sebab ai funny kan?
tapi ini memang rambut + jambang - misai ai punye member yang bagi pinjam.
adakah sebab mata seksi ai atau selipar merah ai?
semua perkara di atas adalah turut menyumbang kepada demam korea. noktah. no argue2 hokey. seingat akula, kalau aku amnesia kira tolak tepi ye. drama yang menyebabkan menularnya kedemaman ke atas rakyat malaysia adalah time winter sonata dulu2. masa tu aku form 1 kalau betul. aku masih ingat lagi betapa berusahanya kawan sedorm aku mendapatkan sekeping kaset kompilasi lagu2 drama winter sonata. aku time tu layan tak layan je. kekadang, terpinjam la jugak kaset tu kemudian sumbatkan ke dalam walkman yang aku beli kat pasar time jualan lelong2 (tapi hayat walkman tu x panjang bila mana segerombolan senior dorm aku pinjam pastu menazakkan walkman sedia murah tapi elok dipakai itu. pastu pulangkan balik macam tiada apa-apa yang berlaku). aku pinjam sebab aku jeles tengok dia tangkap syahdu je bergenang air mata (sama ada menghayati lagu2 atau sebab homesick. sila pilih salah satu). setakat dengar2 pastu nyanyi2 ikut sedap bunyi asalkan sama. tapi takde la aku fanatik sebab aku time tu lebih menghayati lagu2 ingelish. of kosla. nak dapat A BI mestilah berusaha mencakap dan menyanyi lagu mat shaleh. lagu industan pun aku rembat gak. time tu shah rukh khan dan lain2 khan tengah mahal gila fasal cristiano ronaldo baru tengah sebok prektis main sepak2 bola dekat padang sekolah (betul atau tidak sila abaikan).
winter sonata
8tb pon ada juga buat kuarkan cerita korea tapi dialih bahasa. apa ke hal? aku pun layan la jugak pasal cerita tu aje yang best untuk dihadap. hero pom sedap mata memandang. heroin pom cute2. yang tak bestnya, mulut bergerak lain, suara yang keluar lain. senget betul mata dan telinga melihat ketidakselarian itu.
my lovely sam soon. citer lucu + romantik + slalu tayang kek2 n kuih2 yang lazat lagi menyelerakan.
my girl. citer ni best. kekadang terpaksa pegi berhijrah tengok kat umah jiran fasal kat rumah berebut nak tengok
berita.
kamilah skuad boys over flower..
semakin aku membesar sehinggalah citer boys over flower tengah hangat disebut bualkan oleh orang ramai. masa itu, jiwa aku masih lagi dengan lagu barat walaupun dulu2 ada gak layan korean drama. sampai satu ketika, aku fedap dengan adik aku time tu yang sanggup berhenti kerja semata nak follow drama tu kt kbs. tak ke senget bunyinye? aku pun xfaham apa la yang dia rela berjaga malam sampai ke pagi semata nak tgk ulangan kalau ter-missed episod yang dimainkan pukul 9 malam. sampai kadang2 aku fedap tengok dia hadap sangat dengan cerita ntah hape2.
sehinggalah beberapa ketika sebelum aku menjejak kaki ke U. kan ada cenel kbs 303 yang slalu adik aku hadap hari2. aku pun kadang2 terhadap la jugak sebab mata aku pun nak jugak menjamu tibi tu. ada satu music show ala2 muzik2 kat tb3 tu. music bank name nye. nak2 masa aku tertengok tu lagu sorry2 daripada suju tengah duk femes. tambah plak snsd dengan seluar pelbagai kaler duk joget gee gee gee. terhadapla aku kat cenel tu buat berapa ketika dek kerana asik melihat wajah2 tampan lagu rupawan menjoget dengan riang bersama lagu yang agak seronok untuk didengar oleh telinga aku yang selalu disumbat denga lagu mat shaleh. maka bermulalah ranjau perjalanan aku meminati kpop, kdrama dan seumpamanya.
bila dah masuk U, lagi la aku duk hadap tengok mendealah tu seme fasal tenet laju ala2 kipas kudung yang atas sket lajunya dari siput sedut vavi bak kata kawan aku. hari2 duk gigih mendoload lagu segala macam. pastu sanggup tak tido malam tapi tido siang semata nak tengok variety2 show yang macam2 ada. sebab time tengah2 malam la tenet laju macam pelari yang namanya bolt ape ntah. sungguh laju sampai aku excited tengok youtube. kalaulah youtube tu bisa berkata2, lama dah dia suh aku tido fasal dia pun dah busan asik2 muka aku je yang terpaksa dihadapkan kepadanya.siang2 buat muka segar walaupun eyebag dah beso penumbuk. kan kawan2 menganjing pula bila tau x tdo sebab hadap mende tu, bukannya duk hadap esaimen.
siyesli, aku minat ol of this (kau bosan ye aku asyik cakap mende ni? ada aku kesah? cak333) sebabnya aku sukakan kelucuan. bila aku tengok variety show yang menampilkan artis2 feveret sepanjang zaman ni, dey all mesti wat lawak bodoh + kelucuan yang menggoncang naluri keketawaan aku. abselutli. yang aku nak tekankan kat sini, setampan atau sekiut mana sekalipun, mereka tak takut nak wat lawak vudus. yes, maybe sebab nak tarik fans supaya lagi ramai minat ke hape watsoever ke, tapi aku suka tang ni la. dah la hencem, lucu plak tu. kau hade? hehe..
1st group yang aku minat sampai ntah hamende. semua fasal lagu sorry sorry yang berhantu tu. tak kenal maka tak cinta kan?
2PM.. dulu masa aku selalu layan lagu suju, ada gak aku nampak kelibat group ni kat music bank duk nyanyi again and again. tapi aku wat derk aje sebab ati aku sepenuh2 kat suju time tu.
lagu heartbeat la yang telah menjatuh cintakan aku dengan 2PM. taim tu, aku cuma kenal nickhun aje. nickhun.. nickhun.. kekadang, aku pelik dengan group ni. dulu 7.. skg 6.. mana lagi sorang?
setelah aku menggoogle google oppa...
sayala yang menghilang itu..
ooo.. rupanya parkjay yang tiada. apakan daya, lepas dia dah keluar dpd group tu slalu aku duk usaha nengok show2 dey all yang lepas2. lucu seyh. sebab tu aku suka korean........
dan kini aku duk hadap lagi...
shinee.... yay.. ini gambar zaman muda mudi.
DBSK.. wat hepen now?
dan ini!! so beasttttt.......!!!
semua sebab lagu mystery mystery.. oh.. keminatan saya pada kalian sungguh misteri.
cuba teblak siapa saya?
SEKIAN TERIMA KASIH. syabas kerana telah berjaya buang masa atas baca entry ini..
p/s : sesungguhnya, entry tiada bermotif lebih baik daripada mengumpat kawan2 anda.