CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN datang lagi..! (baca macam iklan TORA, datang lagi!!)

alhamdulillah.. perut aku mengalami kekenyangan kurang sikit daripada melampau lepas keluar makan dengan cik joh dan konco-konconya. sambil tu sempat duk golek2 gelak2 gurau2 dan mengusha seorang warga chukai ngedate. hu.. ngedate ke? ahak2.. (sila abaikan)

lepas makan, check henset ada pulak mesej cabai daripada seorang yang bergelar mamat tuuutt... gila siput sedut weii hantar mesej berbaur lucucah pada aku. okey, serius tak lucu tapi lebih kepada lucah. sewel punya manusia. vengung vengap vembap vudus .... (seriesli, aku tidak memaki)


 

InsyaAllah, kalau takde aral Rabu ni dah stat bulan puasa. hurm.. sedar tak sedar dah nak masuk 2 kali aku puasa kat tg malim ni. wat a new eksperiens for me.!(hokey la, tak bape nak new) tapi yang bestnya, tahun ni sempat jugak berpuasa kat rumah dalam 6 ari kot. mudah-mudahan panjang umurlah hendaknya.. tapi yang x bestnya, 1st time aku sambut tanpa orang yang paling3 aku sayang sekali dalam dunia ni.. Al-Fatihah....

bulan puasa memang aku tunggu2 sebab time tu la boleh makan sedap2. hari2 menu bertukar. paling koman setiap hari mesti ada kuih2 manis yang kalau hari biasa nak beli pun rasa macam tak perlu. dan sebenarnya, bulan selepas ramadhan tu la jugak yang ditunggu2 sebab time tu jugak dapat makan free. kuih + kek + sate + etc = nyum3. kalau hari biasa aku konfem takde orang yang akan bermurah hati paksa kau makan sampai licin. siap hidang segala mak nenek juadah untuk kau bedal. semakin banyak kau makan, semakin lebar senyuman tuan rumah. silap2, dengan sampul hijau sekali dia bagi sebagai tanda gembiranya bila ada orang yang berkunjung ke rumahnya walaupun selama ini kau cuma kenal atap rumah masing2. hari2 biasa, hade ke semua ni?



cakap fasal puasa, aku masih ingat time dulu2. masa arwah mak dan kakak aku masih ada. seronoknya time berbuka. aku ingat lagi, feveret arwah mak aku time berbuka mesti nak ada teh panas. sedangkan aku, adik aku, arwah kakak aku dan kadang2 abang aku mesti berebut2 nak gelas paling besar sebab nak penuhkan dengan air soya ataupun air tebu. ayah aku pun mnum air tebu gak. tapi gelas dia memang spesel dan takde orang yang nak rebut. tu minuman wajib kami. walaupun esoknya kena sakit perut pasal minum air tebu yang dah masam. sehari dua, skip dulu minuman wajib tu. lepas tu sambung beli lagi sebab dah memang tak leh tinggal air tu. addicted u noe..

tahun 2005, 1 st time sambut ramadhan tanpa arwah kakak aku. yang ada biasanya, aku, ayah, arwah mak, adik dan kadang2 abang (dia kdg2 berbuka kat luar). sunyinya waktu berbuka. takde lagi nak rebut2 gelas mug segala bagai. 

dulu, arwah mak aku selalu belikan macam jenis puding. macam2 kaler. sebab dia tahu anak2 dia suka makan mende tu. seronoknya time tu Tuhan aje yang tahu. kalau puding tu takde, agak frust tapi takpe. makanan lain ada lagi sebagai penawar duka. 

aku still lagi ingat tahun 2009 kalau tak silap. lagu 2 hari nak raya, petang tu aku dengan adik aku melancarkan misi mengecat rumah. kaler biru okey. kami takde skil tapi disebabkan excited nak mengecat rumah macam budak tadika excited nak guna kaler pensel Luna bukan Luna Maya. tapi tahun ni, aku tak pasti kalau kegembiraan itu akan ada lagi atau tak.

masa kawan2 1 kos dengan aku dapat pergi Filipina untuk pertukaran pelajar, aku selalu cakap yang wpun dapat kenal tempat orang tapi x best sebab tak dapat beraya dengan famili. skg nasib aku walaupun dapat beraya dengan famili tetap macam tak best dan sama sebab mak aku dah takde.

selalu aku fikir semua ni macam tipu. macam arwah mak aku masih ada. sebab aku sendiri tak sempat tatap wajah dia buat kali terakhir. bagi aku, semua ni macam mimpi. nak sangat ada sesiapa datang pada aku dan cakap wakenasamalu. tapi masalahnya takde. dah hampir 5 bulan aku tunggu, masih takde.

so, kepada semua, selamat menyambut ramadhan yang mulia...

p/s sekali lagi aku ala2 tak berapa tahu apa yang aku tulis.