setiap hari khamis ialah merupakan hari saya menyingkirkan peluh yang berlebihan. hari2 lain berpeluh gak. almaklumlah, duk kat perak ni sejak dua menjak ni saya rasa panasnya tahap yak auw auw. gila2 tahap panasnya. gi kampus sana sini tengok awek2 jejaka hangat lenggang lenggok berpayung bagai. erk, termasuklah saya. panas u noe! tidur malam2 pun camtu gak. dah bangun pagi terperasan betapa panasnya bilik ini. adakah saya sebenarnya maraton semasa tidur? saya buntu.
well, everybody. semester ni saya ambik sukan tenis untuk subjek kokurikulum. yaayyy!! terketaq-ketaq gak awal sem dulu nak beli raket yang ala2 jauh panggang daripada fire macam bang nadal punye tu, tapi takpe la. benda dah berlalu. saya pun eksaited gak nak blaja maen tenis ni. tak terer macam jiran bang nadal pun takpe. asal leh feeling2 maria sharapoba giteww,,,
yak aum aum.. bang nadal nampak hijau la. ala2 tarzan giteww. marah kew ai cakap macam teww - luga la ayat eww eww..
sebelum start belajar, haruslah kite MEMANASKAN badan. panas okey? cuaca panas, badan pun nak dipanaskan. walaupun dalam kul 5 gitu, matahari masih lagi sedikit terik daripada tengah hari buta. pulak tu kena lari round court tenis 3 kali bersamaan dengan 3 gaya yang berbeza. mula2 lari macam biasa. pastu kena lari ala2 macam ketam berjalan gitu, tapi versi laju. pastu last kena lari sambil kaki kepak kepuk sikit aje lagi nak kena punggung. penat tau.
kemudian lecturer kami ala2 chinesse gitu mukanya suh pecahkan kepada 2 group. satu duk kat kiri court, satu duk kat kanan court. pastu kena lari zig zag. penandanya ialah garis putih yang ada kat court tuh. ala, takkan tak tau kut. buat2 tau ye. namanya pun zig zag. kaki kena ikut garis putih tu. rasa macam nak tercabut kaki plus tercarik seluar pasal dia punya gap antara kedua2 line tu jauh okey?
puas berzig zag merentasi court, kena pulak lompat kiri ke kanan sampai dia suh stoppp. kemudian kanan ke kiri. kemudian depan ke belakang. kemudian belakang ke depan. dah la saya kena kat tempat yang panaihh terikk. haruslah peluh menitik macam hujan. crazy u. dah lama tak berpeluh camtu.
lepas tuh lecturer saya suh buat 1 aktvti lain pulak. masa tuh saya dah serender. nak muntah, kepala pening. menderita saya rasa. tak pernah lagi sebegitu rupa saya menderita sebab aktivit gitu. masa duk plkn dulu walaupun kawad kaki tengah panas, poco2 24 jam tanpa henti, flying fox merentasi banjaran kalimantan, aerobik sampai cd lagu rosak tapi takdelah rase gitu. nampak sangat kan tak pernah eksesais ala2 budak sains sukan. apalagi, saya pun duklah tepi court minum2 air. sambil tu tengok bakal pemain2 tenis kebangsaan yang lain buat aktivit seterusnya.
kemudian, dah agk2 oke gitu, barula saya pi join. kami prektis forehand n backhand n apa nama lagi entah teknik2 pukui bola yang kuar ikut mesin tu. sebelum tu rasa dah konpiden nak pukul bola pakai teknik betul, alih2 bila buat sorang2 tak jadi plk. bola leh pukul cuma teknik tak betul. ramai gak macam tu. frust okey.
pastu ada lagi la prektis2 yang lain. tapi saya sangat frust. tak tahu kenapa semua benda saya buat hari tuh tak kena. lecturer selalu pesan mata kena alert dengan bola. tengok bola. tapi, saya tengok bola cuma tangan saya tak selari dengan mind set. tak paham saya kenapa. ibarat badan kat siti, jiwa dah melayang ke mana. sume sebab eksesais kah? :(
saya sangat frust dengan diri sendiri hari tu. agaknya, kalaula bang nadal ada di situ, belum tentu dia akan pandang saya. memalukan raket tenis beli mahal2 cukup buat belanja makan setengah bulan kalau boros nak mati dan dua bulan kalau terer gile bab2 jimat cermat amalan mulia ni. kalaulah saya diumpat sebab tak pokes dan kalaulah bang nadal tahu, tentu dia kuciwa. motip?? takde motip pom...
sekian karangan stpm saya.