CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 14, 2010

baby oh baby

salam ramadhan..




setiap hari, kalau bace paper mesti ada aje kisah buang bayi, bayi mati, bayi dibungkus, bayi lahir tak cukup bulan, bayi kena tanam dan seumpamanya. sedihnya.. bulan2 puasa pun x terkecuali. kalau kat wall fesbuk pulak, ada aje link fasal baby2 ni semua. hari ni juga ada tertengok sedikit sahaja fasal lembu yang dimesin lumat hidup2. auuuwww... sangat lah durjana manusia itu. segemuk2 lembu boleh aje disumbat sekalgus. tapi tengok sedikit sahaja fasal takut nanti nak makan sate jadi geli (sate dan lembu ada kaitan okey? sila jangan bantah).

berbalik sal bayi a.k.a baby ni. apalah yang sanggup buang gitu aje macam buang lampin pakai buang. lebih kurang la. teringat fasal antara tanda-tanda akhir zaman iaitu ramainya anak luar nikah. masyaAllah, dah ada la tu tandanya.
setiap kali ada berita fasal bayi kena buang, mulut kita2 pun laju aje mengutuk menghina memarah sang pelaku dan mengkasihani nasib malang bayi itu.tapi, pernah ke kita letak diri kita ditempat sang pelaku tu? okey, saya di sini bukannya menyokong jauh sekali mengtidak-apakan perbuatan tu. no3.. 

sebab malu, kita sanggup buat apa sahaja. masa tu dosa pahala betul tidak dah tolak tepi. macam tu jugak fasal si pelaku ni. sebab tak nak malu, dia sanggup buat apa saja untuk hapuskan bukti. sebab apa? sebab rasa dia dah keseorangan dan bila dia buang bayi tu, sesiapa takkan tahu. so, masalah dia dah settle. cuba kalau family dia atau kawan2 dia tahu. sumpah mati hidup semula pun dia takkan buat gitu. 

cuba kita fikir, kalaulah keluarga jenis yang really concern fasal anak2, mesti benda gini takkan jadi macam satu budaya dah. didikan dari kecil tu kita tolak tepi dulu, yang kena tekankan di sini ialah bila mak ayah dah tahu anak2 buat salah, dihalau dipulau dibuat donno aje. sebab tu akan wujudnya buang bayi sana sini. cuba kalau mak ayah jenis ambil berat betul2. dah anak buat salah, kita tariklah balik ke pangkal. setiap manusia buat salah. makin kita buang, makin dia jauh. ya, saya tau saya belum jadi mak maka saya tak faham betapa hancurnya hati seorang ibu bila anak dia terpesong sebegitu. tapi itulah. kalau keluarga sendiri dah campak anak sendiri, makin jauhlah dia terpesong. pada siapa lagi dia nak mengadu? pada lelaki itukah? entah2, lelaki itu pun tak tahu ke mana. mati ke, hidup ke.. buat apa dibela ank dalam kandungan sedangkan hidup dia sendiri tunggang langgang. maka wujudlah option buang anak dekat tempat pelupusan sampah.

pelaku ni pulak otaknya dah tengah senget. mana nak sorok anak ni lepas lahir? perut masa pregnant boleh lagi tutup dengan baju gedabak besar. tapi budak ni nanti? sebab dah selalu tengok kat berita buang bayi kat tong sampah la, masjid la, maka dia seolah diberi jalan untuk buat benda yang sama. sebab orang lain pun buat gitu juga. peratus nak kena tangkap tipis aje kut. sebab tu berani tiba2 datang. tapi dia tak sedar, anak tu pun teringin nak jenguk dunia. nak rasa dibelai ibu. lelaki yang patut jadi ayahnya, yang turut sama menyumbang kelahirannya kat dunia dah la hilang entah ke mana, takkan ibu pun sanggup buat gitu jugak.

" daripada dia diejek dihina sebab anak luar nikah, lebih baik dia mati. taklah hidup dia merana,"

fale hutak hang.! jangan tipu. alasan ni mesti ada yang pakai. sebab tu lah orang kata berani buat berani tanggung. macam jugak kau makan segala bagai masa berbuka, dah sah2 nanti kau tak larat nak bangun pegi terawih kan? tak pun kau dah tahu toilet tu takleh flush, yang kau sesenang hati pergi melakukan perkara besar kat situ kenapa? macam tu jugaklah dengan buat mende alah tu. dah tau takde hubungan sah, pegi tergedik2 berkepit sampai dapat anak kenapa? pulak kau teringin lagi tambah pelaburan dosa dengan bunuh bayi tak salah tu. nauzubillah..

takde lah nak kata diri ni perfect sangat sampai sedap aje kata itu ini. memang lumrah setiap manusia buat silap. tapi cara kau settle masalah ni tak betul tau?

"habis tu? macam mana?"

time berkepit dulu takde pulak nak tanya macam mana kan? dah jadi mak buyung mula la takut la. fikir masa depan la. fikir maruah mak ayah la. sebelum tu pernah fikir tak? saya bukan nak kondem. saya pun jahat jugak. sebab kita dah terang2 tau mende ni haram, still nak buat jugak. okey, benda dah lepas. nak reverse balik pun tak boleh kan? so, bertaubatlah. jangan lah buat camtu kat baby2 yang tak salah. mereka pun bukannya nak lahir dengan status macam tu. tapi, apa salahnya bela elok2. ni tak. buang macam buang kucing kat pasar.

yang lelaki durjana ni pulak. pun sama naik. kalaulah lelaki kat dunia ni boleh mengandung, konfem takde yang berani membuyungkan anak orang. sebab lelaki dia rasa dia kebal, maka dia boleh sesuka hati nak menjadi bapak tumpangan pada sesiapa. ni mesti sebab terlebih menonton pembiruan ni. sebab tu macam2 yang jadi. teringat pulak masa baca majalah remaja. tanya pendapat fasal lelaki yang menonton filem satu warna tu. sah2 semua tak boleh pakai. ada ke yang jawab nak tengok sekadar nak tengok aje, takpe. asal jangan melampau ntah apa ntah yang dia cakap. see? sebab tertengoklah maka jadi lah masalah sosial gini. dalam 4 orang ke berapa yang bagi komen, satu pun takde yang cakap menonton mende alah itu harammm... tak baik. berdosa. sebab membawa kepada penzinaan...

satu lagi, lelaki2 yang berani membinasakan maruah anak orang, dia tak pernah nak fikir. kalaulah orang lain buat camtu kat famili dia. takpun kat anak dia ke satu hari nanti?? pernah fikir? pernah????

semua benda ni sebenarnya berkait dengan bilangan kes buang anak. kalau rasa tak nak sangat anak tu, bagi ajelah kat sesiapa. dah kau tak nak sangat kan?? nanti, bila dah tua kau duduklah sorang2 kat rumah org2 tua. bila hari raya kau tengok ajelah orang lain happy beraya dengan keluarga. 

sekian terima kasih.

p/s ini hanya pendapat saya je. kalau ada kekurangan kelemahan sama2 la kita baiki.

1 sedang ZZZ:

Anonymous

mereka sume ni mngamalkan konsep "easy come easy go" la ni...sng2 je dpt ank, so sng2 la die buang...