CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 10, 2010

AKU membebel..

salam bulan ramadhan...

bahang menyambut 1 ramadhan memang dah terasa beberapa hari yang lalu lagi. gi blogwalking, semua sibuk bercerita fasal ramadhan. sampaikan tadi aku mentekeBLOOD nasi ayam kat kedai teko tu pun sambil disaksikan sheila rusly dalam ketuk2 ramadhan tu. puasa belum start lagi tapi sheila rusly dan anne ngasri gigih mempraktik resepi mereka. nyum3 pulak aku tengok.

okeylah, hari ini teruslah berniat puasa untuk sebulan. mana tau akan muncul saat genting di mana kita tiba-tiba terlupa untuk berniat puasa.

hari ini ada kuiz untuk subjek EC2. tiba-tiba pulak tu. nasib dia bagi soalan objektif + 1 soalan subjektif. dalam bilik kuliah. ekon pulak dalam penyelenggaraan. lantas, aku dan sahabat terpaksa menjawab kuiz di depan kipas gedabak besar macam kedai makan punya. memang sangat mendayu, membuat mata aku mengantuk dan bunyi bising yang kadang2 keluar daripada kipas mengembalikan aku ke alam nyata. aku jawab amende pun aku dah tak tahu -__- .. adakah ini bererti aku hidup dalam ketidaktahuan? peratusnya mungkin ada sebab bila sahabat aku menanya tentang sesuatu + seseorang/beramai, jawapan aku biasanya tiada tahu. sangat menggusris hati bila sedar diri hidup macam katak dalam longkang yang bergeriji.

sebelum masuk kelas EC2, seorang sahabat memberitahu satu berita padaku. hari tu kan, aku terpaksa alter baju korporat (ya, kami memang kaya). daripada sem lepas lagi. semua sebab baju yang try masa nak tempah dulu tak sama size dengan yang dapat. hari tu try dah okey tapi bila dapat macam pakai size S. okey, itu agak menggores hati aku. mentang2 badan aku size besor T_T

dahla masa mesyuarat agung persatuan hari tu aku terpaksa dalam rela pakai baju batik. sampaikan ada segrup = 3 orang junior siap bisik2 lagi sebab terharu tengok aku pakai baju yang tidak dapat dikenalpasti oleh mereka. nasib baik aku tak dengar tapi sahabat aku yang dengar. kalau tak nak jugak aku tanya " adik-adik ni form 6 sekolah mana? ke budak sekolah rendah?" (sebab mereka pakai baju putih + tudung putih + kain hitam = budak sekolah) . tapi aku hanya mampu berkata dalam hati sahaja demi menjaga reputasi dua sahabat aku yang anggun berbaju korporat.

berbalik dengan cerita tadi, yang tak bestnya kena pulak tambah RM19. whatttttt??????? aku sangat tidak puas hati + terkejut masa tu. hello?? bukan salah aku pun kalau baju yang aku order size tuut tapi bila sampai kecik sampai tak bernyawa perut aku. hari tu bagi sample yang ukuran lain, dah tempah sampai size yang sama tapi kecik. salah kami2 ni ke? awal2 tak bagitahu yang saiz sample dengan yang akan diperoleh nanti berbeza. pastu bila mintak nak alter, kena tambah bayar pulak. banyak lawa muka dia. orang lain bayar RM6+ tapi aku dan mangsa2 lain RM8+. agak kurang sopan di situ. padahal design baju still sama. ke sebab ada ukiran emas kat baju, sebab tu jadi mahal? or maybe sebab dia guna kain extravaganza ke aku tak tahu lah pulak. but still, it is not our fault. 

kalau sahabat lain aku tak tahulah mereka bising atau tak fasal ni. tapi aku memang tak puas hati. dahla dapat tahu benda ni lastttttttt sekali. orang lain dah siap2 doing bla3 untuk proses alter baju tapi aku baru aje tahu semalam. tu pun sebab terjumpa dengan sahabat2 yang urus mende alah ni. aku pun sedikit hairan denga proses penyampaian maklumat. selalu sangat pending kalau nak sampai kat aku. bengis betol la..

still aku tertanya2 walaupun aku tahu aku hanya ada option untuk terpaksa membayarnya. tapi aku tetap inginkan kerelevenan untuk aku terpaksa derma pulak rm29 kat mereka2. giler kentang aku bayar lebih atas kesilapan mereka. 

apapun, selamat berpuasa kawan2. aku nak sambung memikir dulu. cau cin cau..