CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 27, 2010

luah perasaan yang dah lemau



tadi duk sembang2 kat chat group budak2 ytd batch kami. okey, takdela sembang apa sangat tapi lebih kepada mengarut meraban aje. but still, membaca komen2 mereka pun buat aku gelak sorang2. nama aje dah besar panjang, tapi perangai macam zaman sekolah dulu still ada. membuatkan aku merasakan alangkah indahnya kalau boleh putar balik masa. kembali ke zaman baru nak kenal dunia luar.

tinggal kat asrama penuh ni sebenarnya ada yang sangat best and ada juga yang sangat tak best. i mean, ada certain part yang buatkan kamu rasa taknak tinggalkan tempat tu dan ada certain part yang lain pulak sebabkan kamu rasa tinggal kat asrama penuh macam duduk kat kem askar or watsoeverla . .

orang kata, bila tinggal kat asrama buat kita jadi independent. yay, i admit that. semua benda nak kena buat sendiri. yang tak pernah basuh baju dengan tangan boleh jadi pro. tak pernah kongsi bilik dengan orang lain pun dah boleh terima hakikat bahawa hidup mestilah berkongsi. apa2 ajela. tapi, aku rasa aku masih seperti dulu. nak betul2 berdikari memang aku gagal =_='

banyak kenangan yang wujud selama 3 tahun aku duk asrama. tetiba teringat balik benda2 yang buat aku tak puas hati. 

1)   aku masih ingat satu peristiwa. time tu aku form 1. kongsi dorm dengan akak2 form 2. time tuh, nak mandi kat shower. ada dua orang akak ni. duk gaduh2 manja pagi2 hari. berebutkan bilik mandi tu. yang  2 bilik lain kalau tak silap aku bila dah mandi konpem air bertakung. so, bilik mandi spesel inilah menjadi rebutan ramai. hampir 3 4 minit mereka buang masa depan pintu siapa yang patut masuk dulu. last2 aku pun dengan selamba badak terus masuk ke dalam bilik mandi itu tanpa apa2 perasaan bersalah. dah tu, dari tadi takde siapa yang nak masuk. aku pun masuk ajelah mandi.

so, setiap hari jumaat lepas warden check kebersihan dorm, dorm aku akan buat meeting mingguan la konon. kat situ aku kena sound tegur dengan akak2 tu. kononnya aku tak patut wat gitu. apekehal?? takkan la kalau mereka gaduh situ setengah jam, maka setengah jam jugak aku harus menjadi saksi saat2 manis mereka berdua? memang aku tak puas hati. mentang2 la aku junior,mereka senior. sesedap rasa aje. nyampah aku. tapi time tu mana boleh nak defend diri sendiri. orang komen, haruslah aku mendengar dan mengiyakan sahaja. kan tak pasal2 kena cop junior kurang ajor.

2)   dulu kan zaman walkman. pulak tu tengah muda remaja. haruslah ada walkman untuk mendengar kaset2 lagu artis feveret. dulu, aku ada beli 1 walkman ni.takde la jenama hebat pun. setakat boleh mainkan  kaset dan dengar radio, pun dah kira satu benda yang sangat mengenjoykan.

pastu, ada sorang akak ni. dia juga merupakan orang yang terlibat dengan kes berebut bilik mandi tu. dia pinjam walkman dengan kaset aku. lupa dah kaset apa. kalau tak silap kompilasi lagu2 cinta yang the power of love tuh. haruslah aku sayang giler kaset itu sebab lagu2 yang sangat mendayu. dalam beberapa hari kut dia pinjam. bila bagi balik, walkman aku menjadi nazak. kaset tu aku dah lupa apa jadi. yang aku ingat, terus walkman aku merajuk tak nak mainkan kaset bila dipasang. siapa yang tak sakit hati? dahlah takde cakap apa2 pun kat aku. still, aku harus sahaja menerima perbuatan tersebut tanpa dapat berbuat apa2. iyalah, senior kan besooor kuasanya wpun umur beza setahun aje pun. hmmpphhh

3)   hujung minggu tu ada gotong royong bersihkan dorm secara berjemaah. suddenly, aku ternampak sesuatu yang dipegang oleh kawan aku. cebisan kain yang amat aku kenal. tengok2, t-shirt aku yang molek lagi putih lagi baru dah bertukar menjadi cebisan yang bersalut debu2 dan kotoran. patutlah aku hairan mana pergi t-shirt aku yang 1 tuh. bila aku tanya, kawan aku cakap akak $#$%@! yang potong2 baju tuh untuk dijadikan kain buruk. ngokngek dia kain buruk. baju tu molek aje. ada ke orang ambil baju yang molek lagi untuk dipakai pastu digunting2 wat kain buruk. ada ke???????? atleast, buatlah pengumuman sesiapa yang ada kehilangan baju, sila rujuk kepada bla3.... dahlah baju tu aku sayang sebab ada kenangan tersednri. last2 riwayatnya habis dikerjakan akak bekeng tuh. sakit hati aku tauuuuuuuuuuuuu



itu ajelah dulu. kalau ikutkan, banyak lagi aku nak taip. tapi sebab aku dah malas plus aku nak layan idol army mblaq punya. nak tengok .........
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


SEUNGHO oPpA~~ 
euww.. gediknya.. haha, ada aku kisah?



Monday, October 25, 2010

i am craving for crows zero 3



satu ketika dulu, aku blogwalking kat satu blog ni. pastu, dia ada post sal cite crows zero. katanya, cerita ni memang best la. wajib tengok bagi yang suka sal yakuza2 nih. aku pun try r bukak. utube pom ada rupanya. try tengok. tenet wat hal. punye la lama nak buffer. 


crows zero 


crows zero 2

semalam angin aku nak tengok muvie. buku terbongkang tepi lappy. tapi aku buat syarat aje duk situ. selebihnya, mata aku duk hadap lappy. semalam, crows zero 1 dan 2 aku tengok. waaaaaaa... memang best la wei. sangat membuatkan aku addicted. muvie ni adaptasi daripada manga yang bertajuk Crows. mengenai anak seorang yakuza iaitu Genji yang nak konker Suzuran. suzuran ni sekolah untuk budak2 yang jahat ya ampun. kije dorang cuma lawan2 aje aku tengok. masa CZ 1, kisah dia lawan2 dengan Serizawa yang top sekali kat Suzuran. then,CZ 2 pulak kisah budak2 Suzuran vs dengan budak2 Housen. dua2 sekolah ni pulak ada kisah silam 2 tahun sebelum tu. 


ikutkan aku, filem ni memang aku nak rate 5/5. siyes tak bosan. sekurang2 nya, mentang2 la cerita ni kisah budak gengster, takde la asyik nak tunjuk pompuan seksi2 kan. kan bila sebut gengster, mafia, yakuza ke, mesti semua cop konpem ada girl2 seksi2 yang jadi girlpren or pompuan simpanan ke apa. tapi cite ni memang takde babak2 tu la. style dorang gaduh2 memang menunjukkan style gaduh lelaki la. takde nak main2 pukul pakai barang segala. free hand u noe. tu baru syok nak tengok :). ada gak babak2 lawak yang tak hingat lam muvie ni. . 



anak seorang yakuza. smokin' hot. . mister ni jugak ada berlakon dalam drama hana yori dango tu.



dalam muvie ni, walaupun nampak dia cool aje, tapi mamat ni cepat aje kaki tangan dia nak bergerak. . superb betol time gaduh2. memang hobi dia la



serizawa



 geng suzuran



geng housen


sekarang, aku betul tunggu CZ 3. ntah bila la nak kuar. addicted betul2 nih T_T

kredit gambar kpd kak google

Saturday, October 23, 2010

it's okey to be jealous on 23rd of oct 2010


auww... big bang dah sampai kat singapore untuk Korean Pop Night Concert 2010 pada malam ni. huhu  mengapa pilih spore aje? alang2 dah sampai, meh la singgah malaysia dulu.. gigit jari semua VIP  T__T

shinee (w/out jonghyun), snsd, ft island, infinite, ze:a and d-na pom ada..  behnye~~



abang2 dan adik2 big bang . .


  
geng shinee  waktu muda kala . .



of course i am sad eventhough i am not kaki konsert.. konsert jum hibuh pom ak tak pernah jejak. ada hati nak konsert artis luar camni.. gelak untuk diri sendiri



nota sudut : nak dengar taeyang nyanyi lagu you're my n big bang nyanyi haru haru..
mud aku memang tengah jeles tahap gaban nih. lebih jeles daripada tengok student len dapat dekan *sighh*


saya suka pembuat roti . .





  
pembuat roti yang kacak . .


sekarang minda ak asyik duk ingat kim tak goo, baker king. baker king, yoon shi yoon.. aku tengah crazy nak tengok drama ni sal dulu pas abih drama cinderella's stepsister, kbs pun tayang citer ni. sebab mula2 dah tengok skit, tak lengkap r kalau tak tengok sampai habis T_T . . mase drama ni tengah syiok main kat tb, aku plak kena balik uni.. tak suker tau tengok citer sesuku2 gitu.. haritu masa cuti raya puasa, sempat gak tengok bberapa episod. waaa . . plot cite tengah best ni. roti2 yang dia tunjuk pun best . . urm nyum3 sedapnya . .

  
cinderella's stepsister . . mula2 xcited nak follow drama ni sebab taecyeon ada berlakon. tapi, cite ni memang best sambil buat kita nak T_T jugak 


hurm... tapi kan bila la nak khatam donlod citer tu. baru 3/3o ep ak berjaya donlod. saje je tenet mendengki ngan aku tau.  betul2 spoil mood roti aku tau .


 yoon shi yoon ni pun ada berlakon dalam death bell 2: bloody camp. still aku pending dari tengok muvie ni sal tenet yang agak seperti siput sedut . .
jangan men2 eh. mata sepet pun still satu daya tarikan yang kuat tuh.




ost ni abang shi yoon yang nyanyi. bagi aku suara dia takdelah power cam penyanyi lain. but still best la suara dia. lemak merdu aje . . lirik lagu pun sayu aje . . lagu ni peberet aku untuk drama ini . . 

help pliss . . now i'm crazy over him . .! lagi2 time dia tengah buat roti tuh . . waaahhhhh . . bikin ati ai cair lagiii . . . . . 



nota hujung2: credit pics to kak google

nota exam : mud gila semakin menjadi2 dekat nak final ni. coursemarks kau tinggi cam klcc ke nak senang lenang dengan ini semua? T__T

Wednesday, October 20, 2010

kisah benar bhg 2


tetiba rasa rajin nak menulis lepas seharian terasa hati gara2 takleh nak donlod baker king dengan mediaapi. seriesli wat aku give up. line tenet pulak lembap ke lembab nak hidup! kalau dulu time aku dah kering idea taktau nak wat apa, tenet terlalu memecut. ni bila aku ada projek khas sempena cuti stadi week akan datang, leh plak ia menslowkan diri sendiri. sungguh mengecikkan hati dan sanubari.

mata aku pulak jenis terbalik tak macam orang lain. time malam takmo tido. bila siang2 mula lah terbaring tak sedar diri atas katil. kira aku ni antonim la dengan orang2 di sekeliling kut.
tiba2 terasa nak sambung kisah benar. ni aku main cerita aje. tarikh, masa dan hari aku dah lupa. aku ni masa duduk kat rumah dulu suka sangat layan ghost hunters yang pernah ditayangkan kat cenel 711 setiap hari rabu jam 9 malam kalau tak silap. memang rancangan wajib tiap minggu la ni. seriesli (aku memang series), lebih baik layan show ni daripada buang masa setengah jam tengok seekers yang memang menipu hidup2. benci aku tengok seekers. auta je lebih. setiap kali aku bukak aje, yang dengarnya suara menjerit2. habuk entiti pun aku tak nampak. sangatla membuang masa dan tenaga.

so, dah aku tengok show ghost hunters tu, opkosla sedikit sebanyak aku tau sal term2 dalam dunia paranormal ni. pernah dengar EVP atau electronic voice phenomena. kalau rajin sila cari kat wiki berlambak. ikut pemahaman aku, suara2 asing lagi ganjil lagi misteri lagi suara hantu kut yang dapat didengari melalui rakaman yang bukan senang nak dapat.

alkisahnya, masa aku upper six, di suatu petang lupa hari apa, lebih kurang pukul 5 lebih, aku melepak seorang diri dalam bilik sambil dengar radio. masa tu adik aku tengah sembang dengan jiran sebelah kat ruang tamu. arwah mak aku pulak tengah smebahyang asar kat bilik sebelah. dulu, aku ada satu hobi yang suka menyanyi konon2 suara sedap lam bilik sorang2. lebih kurang feeling cam artis femes seantero dunia la kut. ambik botol rexona takpun botol minyak wangi wat jadi mikrofon. pastu melalaklah sambil diiringi lagu2 daripada radio. sila pastikan pintu dikunci agar tiada sesiapa masuk ke dalam bilik secara mengejut dan membutkan show kamu tergendala. aku pernah kantoi ngan sorang hamba Allah ni masa tengah syok menari depan kipas. malu seyh . . 

pnjang lak intro aku. kemudian, masa tu lagu because of u dari kelly clarkson nak main kat radio. aku siap2 nak record kat henset. in case kalau rakaman tu sedap dideangar, leh aku hantar copy kat mana2 syarikat rakaman. pastu, menyanyilah aku dengan penuh penghayatan. pitching tu semua aku tak tahu camne la. then, siap2 nak dengar pas habis record. aku pakai earphone sumbat kat telinga n volume kat henset aku wat paling kuat sekali. kut2 kalau ada mana2 bahagian yang ke laut sikit leh detect kan.

jeng3...
bila aku start play record tu, aku hairan. apasal bunyi macam radio yang line tak clear. setahu aku, tadi bukan main jelas lagi kuat lagu yang terpasang. takkan henset aku rosak kut. dalam seminit dua aku dengar gitu. out of the blue... satu suara yang cukup kuat menerjah ke gegendang telinga aku. series tak tipu, dalam rakaman tu aku dengar ada dua suara. satu laki dan satu lagi perempuan memanggil nama aku dengan penuh keseraman. memang dia panggil nama aku banyak kali. aku still tak tahu bagaimana identiti aku boleh bocor dengan entiti yang tidak dikenali. dahla earphone aku tersumbat rapat lam telinga. kuat plak tu volumenya. mau aku tak terkejut tiba2 namaku diseru.... dlam mereka memangil nama aku, background music tak dengar bunyi lain. cuma bunyi cam radio rosak aje.

pastu, berlari lah aku keluar dari bilik. aku gitau adik aku. mula2 beliau tak percaya sebab mungkin dia dah set yang muka aku memang takleh dipercayai. fasal dia kata aku ni macam reka2 cerita aje. especeli bial aku cerita saat2 aku kena tindih oleh makhluk misteri. opkosla beliau fikir aku terlau terpengaruh ngan cerita2 antu yang suka aku tengok tapi hakikatnya saya penakut.

disebabkan beliau tak caya cite aku, aku pun pasanglah rakaman tu kuat2 kat beliau n jiran aku. aku tak dengar habis pun rakaman tu sal aku takut. tetiba aje keluar sumthing kan.? takut aku.. memang benar dengar ada dua suara asing panggil nama aku berkali2 plak tu. dah tu, dipanjangkan harakat plak time menyebut nama aku. seram sejuk wase.

aku pun terus gitau kat arwah mak aku lepas tu. tapi arwah tak caye. mungkin nak menyedapkan hati aku kut padahal memang terang lagi bersuluh dah buktinya. takde maknanya aku nak main2 buat rakaman gitu. baik dengar suara aku menyanyi lagi bagus.

selepas habis edisi siasat tu, aku takleh buat kesimpulan sebab apa. kebetulan? hurm.. i don't know la. yang pasti, aku terus delete rakaman tu, sebab aku takut nanti ada benda lain yang akan keluar dari henset aku. kan tak fasal2 aku fobia nak guna henset. but seriesli, pas dah delete tetiba rasa menyesal sebab dah buang satu bahan bukti yang penting. huhu.. agak vudusss la tindakan tergesa2 aku itu.




Tuesday, October 19, 2010

entry takde tajuk

hari ni masuk kali ke dua (kut) aku tak pergi kuliah pagi sebab tak terkejut. henfon dah alarm dah. ke telinga aku memang bermasalah? tepi bantal dah aku parking henfon tu. ni aku dah nerves nak pikir ayat apa nak tulis dalam surat untuk bagi kat kat lecterer minggu depan. jangan dia buat edisi siasat kat aku depan2 dewan kuliah tu sudah la =__=

hmm.. hari tu aku bercamping kat rumah cik z. bestlah. tapi sakit bahu aku sebab bawak satu beg yang berat sebab nak holiday 1 hari 1 malam kat rumah dia. seriesli, aku tak tahulah amende harta karun yang aku letak sampai rebeh bahu aku duk galas. ni, dah terasa sakit bahu kanan aku. entah hape-hape la..

pastu, cik z mengurniakan sebuah kitab lama kepada aku. okey, bukan kitablah. buku kaler kuning. la tahzan namanya. atau bila ditranslet jadi tajuk 'jangan bersedih'. memang sesuai la untuk manusia yang selalu mengalami masalah mental kesedihan, rasa gelisah, yang rasa seperti hidup dalam bayang-bayang kesempitan (yang ni penulis dia yang kata) dan seumpamanya la. macam aku kut .tu fasal cik z bagi buku ni kat aku. 

aku baru aje baca beberapa helai. best la. sebab buku ni macam memberi jawapan kepada setiap perasaan yang kurang best yang aku sedang dan pernah rasa. seolah seseorang sedang bagi nasihat kat kita dan nasihatnya itu sangat bertepatan dengan masalah yang sedang kita alamai. so, lepas ni kalau aku ada rasa sumthing aje, aku tak perlula lagi msj cik z pot pet pot pet mende alah yang aku rasa. dengan cik z aje selalu aku gitau masalah yang aku hadap. kelihatannya seperti aku yang memang bermasalah kut. hurm.. maybe sebab tu la cik z beria nak bgi aku buku ini. dengan msj tersembunyi yang cuba di sampikan ialah ' lepas ni kalau ada masalah lagi, sila jangan msj saya.' kut.... anyway, aku sanagt menghargai kesudian cik z bagi aku buku ni. tenkiu cik z. nanti kita naik bas sama2 ye balik kampung. lebih kurang 10 hari lagi tau.....

aku suka petikan ni,

anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak dan kesihatan yang stabil. - la tahzan

hurm.. aku tak pernah sedar pun . . . .




Wednesday, October 13, 2010

kisah benar bhg 1


moshi moshi. . lame gile tak berhapdet . .


gini.. tetiba aku terasa nak bercerita. tak nak r simpan sorang kisah ni. bukan leh jadi pekasam pun kan. still, aku tak tau apa itu pekasam. haha.. okey memang tak klaka..

gitu.. sejak dulu aku memang suka cerita hantu. filem hantu, kisah hantu semua aku suka dengar. tapi aku tak nafikan wpun suka benda2 yang berhantu, hati aku tak cekal + kuat + berani. buktinya, aku takut gelap, aku takut duk sorang2 dan aku memang penakut. aku berani tulis kisah benar a.k.a kisah hantu sekarang sebab aku memang tak tau idea apa nak hapdet walaupun banyak benda terjadi pada diri aku sepanjang aku tak hapdet.

okey, aku faham. mukadimah entry aku agak bosan. skip aje sebab bukan masuk exam pun. meh sini aku nak share sikit pengalaman aku dalam dunia misteri ni.

sekolah rendah 

time ni, aku darjah 3 kalau minda aku cerdas lagi. aku kan duk umah flet. tingkat paling atas sekali (kalau bijak cuba teka tingkat bape?). kat dapur umah aku, ada balkoni. tempat sidai baju tu semua la. balkoni tu pulak mengadap satu kawasan lapang yang suatu ketika dulu jadi tempat budak2 main waktu petang. main bola sepak, bola jaring, kriket, sumo, layang2 semua la kat situ. tapi skang dah jadi pasar borong.



lebih kurang gini la gambarannya. jangan bimbang. peta ni tak masuk pun lam exam geografi. tapi deretan kedai tu jauh sebenarnya. padang tu pulak besau. kalau kita panjat bukit dah boleh sampai kat benteng sungai. bukit tu takde la tinggi mana pun. kawasan kat situ plak agak gelap.

okey, balik ke cite asal. bilik mandi umah aku, keluar aje and then palingkan wajah ke kanan dah boleh nampak view macam lukisan ala2 leonardo DaVinci yg kat atas tu. pagi tu, sebelum subuh lagi kut aku bangun nak pegi sekolah. dah siap2 mandi sambil kesejukan, aku pun duk diam dulu depan bilik mandi. terdengar bunyi anjing menyalak. tetiba je aku rasa nak pandang ke luar balkoni dapur. kat kedai yang paling ujung sekali, dekat dengan bukit yang tak berapa nak tinggi tu, lampu koridor kedai tu macam hidup segan mati tak mahu. on off on off aje. time aku tengok kat situ, aku nampak ada satu benda putih tapi tak tahu la amende berjalan melintasi koridor tu. still, aku tak tau apekah yang dilihat oleh aku. yang aku ingat, aku tak nampak muka pun. seram dowh..

sekolah menengah rendah

aku dulu duk sekolah asrama penuh. mrsm yt dungun. besela, mana2 asrama pun akan selalu dengar macam2 cerita seram yang kalau dihimpunkan semua cerita tu, boleh buat filem macam 4bia dari thailand tu. berpuluh2 siri agaknya. nak gitau betapa banyaknya cerita seram yang ada kat sekolah tu. 
aku memang tak suka tidur sorang2 kat tempat gelap. kena ada cahaya. tu pun still takleh tidur sorang2. mesti kena ada orang kat sebelah. lagi satu, aku tak suka tidur kat tepi sekali atau kiri kanan aku ada tempat kosong. aku memang takleh tidur kalau berada dlm situasi camtu. apa2 pun kat  sebelah aku tak kira kiri atau kanan mesti ada manusia lain. paling koman pun mesti ada dinding. sebab tu aku kalau tidur nak kena ada banyak bantal baru rasa selamat. 
dan ditakdirkan aku masuk hostel, dalam dorm dapat katil paling hujung sekali. yang kesiannya, tiap kali aku baring atas katil mesti nampak tingkap yang botak sebab cermin nako tak cukup. kalau malam2, lagilah aku haru. mujur jugak dapat katil double decker. so, baju2 kurung ke, t-shirt ke, aku akan sangkut buat perisai ataupun dinding sementara. siapa bijak mesti leh imejin camne.

mula2 masuk, memang aku tdur tak lena. pulak tu, bila dah lena, malam2 mesti terkejut sebab selalu rasa katil tempat aku tidur macam ada orang goyang2kan. kalau nak kate akak yang tidur kat katil atas bergerak ke, mengigau ke, memang tak lojik lah. mesti katil goyang sekali nge bunyi besi berkeriut kan? yang ni tak. macam ada orang duduk kat hujung kaki atau hujung kepala pastu goyang2 kan katil kau. siyes aku nerbes. oi, ade ke member kau nak gurau2 biawak tgh2 malam gitu?


kalaula dua orang beradik ini ada wat tangkap2 hantu kat malaysia time tu, konpem aku syorkan tangkap hantu kat sekolah lama aku. gerenti leh wat banyak episod untuk cite supernatural. tapi eh, cite ni stat taun bile? huahaha.. abaikan plis..


kmdian, aku masuk form 2. still duduk dorm yang sama. hari kejadian tu, balik dari prep malam aku tak nak ikut member2 gi supper kat dewan makan. pastu, geraklah aku seorang naik tangga menuju ke dorm yang trletak kat aras 2. dewan makan dekat aje dengan dorm aku. so, aku takde rase bimbang ke ape ke. aku plk ingatkan adalah siapa2 yang dah sampai ke dorm. sampai depan pintu, pintu masih tertutup rapat. so, aku bajet cool je lah. nak takut apa. dari situ aku boleh dengar suara2 student yang kelaparan dari dewan makan. itu bermakna aku tak berseorangan la. kononnya. 

aku pun tolak pintu. dlm dorm ni ada dua bahagian yang menempatkan katil2 phuni. katil aku duk belah kanan. pastu suis2 lampu kipas semua duk kat bahagian katil kat sebelah kiri. dengan sedikit cuak, aku wat2 berani nak gi buka lampu. masa tu, hanya lampu kat luar dorm aje yang menerangi kegelapan di dalam dorm tersebut.

selangkah aku berjalan menuju ke arah suis2 lampu, tiba2 aku dengar . .

tap, tap, tap, tap (kurang lebih la)
pernah dengar budak kecik main lari2 kat atas lantai simen? ha.. macam tu lah yang aku dengar kat belakang aku. macam ada orang berlari nak datang pada aku. pulak tu laju gile dia lari. otometik, aku memalingkan wajah ke belakang. dah tahu takde sesiapa pun kat situ tapi aku tetap seperti ditarik untuk menoleh. serentak dgan itu jugak, bulu roma meremang sampai aku rasa saiz kepala aku membesar macam belon. siyes aku takut gile time tu. nasib baik aku takde nampak apa2. pastu, laju2 kaki aku gi jalan kat suis and bukan semua lampu. time tu jugak ada member aku yang sampai ke dorm. fuhh.. selamat aku rase. nasib aku tak kena demam kure2 pastu.. even skg aku still leh ingat agi peristiwa tuh.

tak lama lepas tu, aku ngan 2 3 orang member sembang2 dengan sorang akak senior dalam dorm ni. dia pun story la kat kami sal kisah misteri yang dia alami. salah satunya adalah melibatkan peristiwa ada benda yang berlari kat atas lantai simen, macam yang aku kena tu lah, kacau die tgh malam. so, aku tak berhalusinasi lah sebenarnya. .