CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 13, 2010

kisah benar bhg 1


moshi moshi. . lame gile tak berhapdet . .


gini.. tetiba aku terasa nak bercerita. tak nak r simpan sorang kisah ni. bukan leh jadi pekasam pun kan. still, aku tak tau apa itu pekasam. haha.. okey memang tak klaka..

gitu.. sejak dulu aku memang suka cerita hantu. filem hantu, kisah hantu semua aku suka dengar. tapi aku tak nafikan wpun suka benda2 yang berhantu, hati aku tak cekal + kuat + berani. buktinya, aku takut gelap, aku takut duk sorang2 dan aku memang penakut. aku berani tulis kisah benar a.k.a kisah hantu sekarang sebab aku memang tak tau idea apa nak hapdet walaupun banyak benda terjadi pada diri aku sepanjang aku tak hapdet.

okey, aku faham. mukadimah entry aku agak bosan. skip aje sebab bukan masuk exam pun. meh sini aku nak share sikit pengalaman aku dalam dunia misteri ni.

sekolah rendah 

time ni, aku darjah 3 kalau minda aku cerdas lagi. aku kan duk umah flet. tingkat paling atas sekali (kalau bijak cuba teka tingkat bape?). kat dapur umah aku, ada balkoni. tempat sidai baju tu semua la. balkoni tu pulak mengadap satu kawasan lapang yang suatu ketika dulu jadi tempat budak2 main waktu petang. main bola sepak, bola jaring, kriket, sumo, layang2 semua la kat situ. tapi skang dah jadi pasar borong.



lebih kurang gini la gambarannya. jangan bimbang. peta ni tak masuk pun lam exam geografi. tapi deretan kedai tu jauh sebenarnya. padang tu pulak besau. kalau kita panjat bukit dah boleh sampai kat benteng sungai. bukit tu takde la tinggi mana pun. kawasan kat situ plak agak gelap.

okey, balik ke cite asal. bilik mandi umah aku, keluar aje and then palingkan wajah ke kanan dah boleh nampak view macam lukisan ala2 leonardo DaVinci yg kat atas tu. pagi tu, sebelum subuh lagi kut aku bangun nak pegi sekolah. dah siap2 mandi sambil kesejukan, aku pun duk diam dulu depan bilik mandi. terdengar bunyi anjing menyalak. tetiba je aku rasa nak pandang ke luar balkoni dapur. kat kedai yang paling ujung sekali, dekat dengan bukit yang tak berapa nak tinggi tu, lampu koridor kedai tu macam hidup segan mati tak mahu. on off on off aje. time aku tengok kat situ, aku nampak ada satu benda putih tapi tak tahu la amende berjalan melintasi koridor tu. still, aku tak tau apekah yang dilihat oleh aku. yang aku ingat, aku tak nampak muka pun. seram dowh..

sekolah menengah rendah

aku dulu duk sekolah asrama penuh. mrsm yt dungun. besela, mana2 asrama pun akan selalu dengar macam2 cerita seram yang kalau dihimpunkan semua cerita tu, boleh buat filem macam 4bia dari thailand tu. berpuluh2 siri agaknya. nak gitau betapa banyaknya cerita seram yang ada kat sekolah tu. 
aku memang tak suka tidur sorang2 kat tempat gelap. kena ada cahaya. tu pun still takleh tidur sorang2. mesti kena ada orang kat sebelah. lagi satu, aku tak suka tidur kat tepi sekali atau kiri kanan aku ada tempat kosong. aku memang takleh tidur kalau berada dlm situasi camtu. apa2 pun kat  sebelah aku tak kira kiri atau kanan mesti ada manusia lain. paling koman pun mesti ada dinding. sebab tu aku kalau tidur nak kena ada banyak bantal baru rasa selamat. 
dan ditakdirkan aku masuk hostel, dalam dorm dapat katil paling hujung sekali. yang kesiannya, tiap kali aku baring atas katil mesti nampak tingkap yang botak sebab cermin nako tak cukup. kalau malam2, lagilah aku haru. mujur jugak dapat katil double decker. so, baju2 kurung ke, t-shirt ke, aku akan sangkut buat perisai ataupun dinding sementara. siapa bijak mesti leh imejin camne.

mula2 masuk, memang aku tdur tak lena. pulak tu, bila dah lena, malam2 mesti terkejut sebab selalu rasa katil tempat aku tidur macam ada orang goyang2kan. kalau nak kate akak yang tidur kat katil atas bergerak ke, mengigau ke, memang tak lojik lah. mesti katil goyang sekali nge bunyi besi berkeriut kan? yang ni tak. macam ada orang duduk kat hujung kaki atau hujung kepala pastu goyang2 kan katil kau. siyes aku nerbes. oi, ade ke member kau nak gurau2 biawak tgh2 malam gitu?


kalaula dua orang beradik ini ada wat tangkap2 hantu kat malaysia time tu, konpem aku syorkan tangkap hantu kat sekolah lama aku. gerenti leh wat banyak episod untuk cite supernatural. tapi eh, cite ni stat taun bile? huahaha.. abaikan plis..


kmdian, aku masuk form 2. still duduk dorm yang sama. hari kejadian tu, balik dari prep malam aku tak nak ikut member2 gi supper kat dewan makan. pastu, geraklah aku seorang naik tangga menuju ke dorm yang trletak kat aras 2. dewan makan dekat aje dengan dorm aku. so, aku takde rase bimbang ke ape ke. aku plk ingatkan adalah siapa2 yang dah sampai ke dorm. sampai depan pintu, pintu masih tertutup rapat. so, aku bajet cool je lah. nak takut apa. dari situ aku boleh dengar suara2 student yang kelaparan dari dewan makan. itu bermakna aku tak berseorangan la. kononnya. 

aku pun tolak pintu. dlm dorm ni ada dua bahagian yang menempatkan katil2 phuni. katil aku duk belah kanan. pastu suis2 lampu kipas semua duk kat bahagian katil kat sebelah kiri. dengan sedikit cuak, aku wat2 berani nak gi buka lampu. masa tu, hanya lampu kat luar dorm aje yang menerangi kegelapan di dalam dorm tersebut.

selangkah aku berjalan menuju ke arah suis2 lampu, tiba2 aku dengar . .

tap, tap, tap, tap (kurang lebih la)
pernah dengar budak kecik main lari2 kat atas lantai simen? ha.. macam tu lah yang aku dengar kat belakang aku. macam ada orang berlari nak datang pada aku. pulak tu laju gile dia lari. otometik, aku memalingkan wajah ke belakang. dah tahu takde sesiapa pun kat situ tapi aku tetap seperti ditarik untuk menoleh. serentak dgan itu jugak, bulu roma meremang sampai aku rasa saiz kepala aku membesar macam belon. siyes aku takut gile time tu. nasib baik aku takde nampak apa2. pastu, laju2 kaki aku gi jalan kat suis and bukan semua lampu. time tu jugak ada member aku yang sampai ke dorm. fuhh.. selamat aku rase. nasib aku tak kena demam kure2 pastu.. even skg aku still leh ingat agi peristiwa tuh.

tak lama lepas tu, aku ngan 2 3 orang member sembang2 dengan sorang akak senior dalam dorm ni. dia pun story la kat kami sal kisah misteri yang dia alami. salah satunya adalah melibatkan peristiwa ada benda yang berlari kat atas lantai simen, macam yang aku kena tu lah, kacau die tgh malam. so, aku tak berhalusinasi lah sebenarnya. .