CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 20, 2010

kisah benar bhg 2


tetiba rasa rajin nak menulis lepas seharian terasa hati gara2 takleh nak donlod baker king dengan mediaapi. seriesli wat aku give up. line tenet pulak lembap ke lembab nak hidup! kalau dulu time aku dah kering idea taktau nak wat apa, tenet terlalu memecut. ni bila aku ada projek khas sempena cuti stadi week akan datang, leh plak ia menslowkan diri sendiri. sungguh mengecikkan hati dan sanubari.

mata aku pulak jenis terbalik tak macam orang lain. time malam takmo tido. bila siang2 mula lah terbaring tak sedar diri atas katil. kira aku ni antonim la dengan orang2 di sekeliling kut.
tiba2 terasa nak sambung kisah benar. ni aku main cerita aje. tarikh, masa dan hari aku dah lupa. aku ni masa duduk kat rumah dulu suka sangat layan ghost hunters yang pernah ditayangkan kat cenel 711 setiap hari rabu jam 9 malam kalau tak silap. memang rancangan wajib tiap minggu la ni. seriesli (aku memang series), lebih baik layan show ni daripada buang masa setengah jam tengok seekers yang memang menipu hidup2. benci aku tengok seekers. auta je lebih. setiap kali aku bukak aje, yang dengarnya suara menjerit2. habuk entiti pun aku tak nampak. sangatla membuang masa dan tenaga.

so, dah aku tengok show ghost hunters tu, opkosla sedikit sebanyak aku tau sal term2 dalam dunia paranormal ni. pernah dengar EVP atau electronic voice phenomena. kalau rajin sila cari kat wiki berlambak. ikut pemahaman aku, suara2 asing lagi ganjil lagi misteri lagi suara hantu kut yang dapat didengari melalui rakaman yang bukan senang nak dapat.

alkisahnya, masa aku upper six, di suatu petang lupa hari apa, lebih kurang pukul 5 lebih, aku melepak seorang diri dalam bilik sambil dengar radio. masa tu adik aku tengah sembang dengan jiran sebelah kat ruang tamu. arwah mak aku pulak tengah smebahyang asar kat bilik sebelah. dulu, aku ada satu hobi yang suka menyanyi konon2 suara sedap lam bilik sorang2. lebih kurang feeling cam artis femes seantero dunia la kut. ambik botol rexona takpun botol minyak wangi wat jadi mikrofon. pastu melalaklah sambil diiringi lagu2 daripada radio. sila pastikan pintu dikunci agar tiada sesiapa masuk ke dalam bilik secara mengejut dan membutkan show kamu tergendala. aku pernah kantoi ngan sorang hamba Allah ni masa tengah syok menari depan kipas. malu seyh . . 

pnjang lak intro aku. kemudian, masa tu lagu because of u dari kelly clarkson nak main kat radio. aku siap2 nak record kat henset. in case kalau rakaman tu sedap dideangar, leh aku hantar copy kat mana2 syarikat rakaman. pastu, menyanyilah aku dengan penuh penghayatan. pitching tu semua aku tak tahu camne la. then, siap2 nak dengar pas habis record. aku pakai earphone sumbat kat telinga n volume kat henset aku wat paling kuat sekali. kut2 kalau ada mana2 bahagian yang ke laut sikit leh detect kan.

jeng3...
bila aku start play record tu, aku hairan. apasal bunyi macam radio yang line tak clear. setahu aku, tadi bukan main jelas lagi kuat lagu yang terpasang. takkan henset aku rosak kut. dalam seminit dua aku dengar gitu. out of the blue... satu suara yang cukup kuat menerjah ke gegendang telinga aku. series tak tipu, dalam rakaman tu aku dengar ada dua suara. satu laki dan satu lagi perempuan memanggil nama aku dengan penuh keseraman. memang dia panggil nama aku banyak kali. aku still tak tahu bagaimana identiti aku boleh bocor dengan entiti yang tidak dikenali. dahla earphone aku tersumbat rapat lam telinga. kuat plak tu volumenya. mau aku tak terkejut tiba2 namaku diseru.... dlam mereka memangil nama aku, background music tak dengar bunyi lain. cuma bunyi cam radio rosak aje.

pastu, berlari lah aku keluar dari bilik. aku gitau adik aku. mula2 beliau tak percaya sebab mungkin dia dah set yang muka aku memang takleh dipercayai. fasal dia kata aku ni macam reka2 cerita aje. especeli bial aku cerita saat2 aku kena tindih oleh makhluk misteri. opkosla beliau fikir aku terlau terpengaruh ngan cerita2 antu yang suka aku tengok tapi hakikatnya saya penakut.

disebabkan beliau tak caya cite aku, aku pun pasanglah rakaman tu kuat2 kat beliau n jiran aku. aku tak dengar habis pun rakaman tu sal aku takut. tetiba aje keluar sumthing kan.? takut aku.. memang benar dengar ada dua suara asing panggil nama aku berkali2 plak tu. dah tu, dipanjangkan harakat plak time menyebut nama aku. seram sejuk wase.

aku pun terus gitau kat arwah mak aku lepas tu. tapi arwah tak caye. mungkin nak menyedapkan hati aku kut padahal memang terang lagi bersuluh dah buktinya. takde maknanya aku nak main2 buat rakaman gitu. baik dengar suara aku menyanyi lagi bagus.

selepas habis edisi siasat tu, aku takleh buat kesimpulan sebab apa. kebetulan? hurm.. i don't know la. yang pasti, aku terus delete rakaman tu, sebab aku takut nanti ada benda lain yang akan keluar dari henset aku. kan tak fasal2 aku fobia nak guna henset. but seriesli, pas dah delete tetiba rasa menyesal sebab dah buang satu bahan bukti yang penting. huhu.. agak vudusss la tindakan tergesa2 aku itu.




6 sedang ZZZ:

japierah

hahahahahaha..cite mase zaman2 form 6..klako2..syes gler muke mg time cite..hakhak

euha bukan euna

ye dop?
aku takut ekpom..
kut ye sokmo perhatikan tindak tanduk ak..

hEARt

blh dh mu print cite mu ni wt novel seram PG13...haha..

euha bukan euna

buleh r kut

c-king

mane resepi nok lari lajunye????
puas aq nunggu....
sal sore ghaib tu,aq rase die adbance sgt2 doh nge tknologi ni....sapa leh masuk dlm teponn...
hmmm....takpa,kali ni mu mitok petua nak panda tknlgi plok eh!!

euha bukan euna

mu mtk sdr r ckin wei
ak debo dh ni