aku tak tahula apa masalah ngan diri ini. asal musim kritikal macam exam misalnya, banyakla benda2 yang memujuk rayu aku untuk meluangkan masa dengan mereka lebih daripada aku mengedate dengan pelajaran. ntah bila aku nak berubah kan?
tadi aku termimpi. jangan tanya mimpi pukul berapa. dalam mimpi tu suruh (suruh ke?) aku buat satu entry fasal lelaki idaman. haha. agak crazy di situ. aku ni kan dah lama menjanda. eh bukan. dah lama tak involve dgn in relationship. setakat crush2 tu belakang cite la. ni yang betul2 hubungan jangka panjang. tapi, relationship aku dengan seungho lain chapter okey. hmm, tak paham? abaikan plis.
mesti yang baca blog aku (eh perasan ada yang baca blog dia) nyampah kan. balik2 cerita fasal lelaki. macam takde life. eh, suka ati akula blog aku. kalau aku duk cerita sal ayam itik pun, buka mereka baca pun blog aku kan?? psiko ke statement tuh?
takpela. gini, sekeliling aku kan, umur baya aku ni dah tengah asyik berkasih kasihan bermadu
bagi aku la, ikhlas dari hati, walaupun kadang2 aku rasa macam "ala, sunyila. takde mesej. takde sape ajak keluar pi makan (tapi kalau ada org ajak konpem aku tolak sebab aku kan pemalas)" , bagi aku benda nih bukan la satu masalah yang besar pun. hmm, masalah ke bila diri masih single?
takpelah, aku malas nak ulas benda ni panjang lebau. tak masuk exam pun kan3. aku cuma nak buat list lelaki idaman kalbu. kalbu siapa? tak kisahla. ini menurut pandangan prof. euha. ish3, kesian... hanya mampu buat list sahaja. takpelah, nanti satu hari akan datang, bila lelaki tersebut sudah muncul depan mata aku, aku stori mori sal dia pulak. tapi, pastikan anda semua bersabar. satu hari akan datang boleh jadi memakan masa bertahun2 agaknya. huahuahua...
CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN KALBU
1. Lelaki yang ada sense of humor.
waa.. perempuan macam aku sangat suka lelaki yang ada sifat ni. tak kelakar tak berserila hidup kalian. lelaki yang ada sense of humor akan buat perempuan rasa hidup mereka tidak perlu lagi buang masa tengok raja lawak ke, tengok mr bean ke, samarinda ke. cukup sekadar meluangkan masa dengan encik kelakarnya. tapi, bukanlah yang jenis buat lawak bodoh takde motif sambil memalukan + melukakan subjek yang menjadi motif cerita lawaknya. cukuplah sekadar dia tahu bila masa nak buat kelakar dan bila masa nak kena serius. kau kena ingat, bersyukurlah bila pakwe ada sifat gini. jangan nyampah walaupun kau tak suka bila dia selalu buat funny. orang yang ada autism dan sindrom asperger misalnya takdenya nak buat benda2 lawak camni tau.
ala, kalau setakat pakwe kalian buat gaya camni, takyah la merajuk sebab malu ke apa ke. dia bukannya buang tebiat. apala sangat setakat buat gini kan? dia tengah nak develop skil sense of humor tu. kan prof euha dah cakap, tak kelakar maka tak berserila hidup. sekali sekala apa la sangat. cuma kalau dia wat gaya gini bila jumpa mak bapak kalian, elokla kalian tolong daftar dia masuk raja lawak. adrenalin dia nak buat kelakar dah tahap max dah tu.
2. Lelaki yang bolehla memasak.
perempuan bukannya nak lelaki kalau masak mesti tip top macam chef wan or oliver twist tuh. tak. cukuplah sekadar kalau boleh nampak effort yang diberi sewaktu tung tang tung tang memasak. kalu terer tu kira bonusla kan. senang keje kalian bila dah kahwin. leh buat shift sape masak hari ni, sape masak hari esok kan. tak ke sejuk hatimu bila bertemu dengan lelaki yang tak kekok nak masuk dapur. takdela jakun sangat bila suruh masak nasi ke, goreng telur ke. sekurang2nya, kalau dah kahwin (kahwin lagi), bila ramai sedara mara tetiba nak makan kat rumah kalian, bolehla mintak tolong suami masak skit2. takkan nak harap isteri je kan. kalau dah namanya rombongan sedara mara yang nak datang tu berpuluh2 (hiperbola tuh), sian kat isteri masak sorang2. nak panggil katerer, tak mampu. jadi, khidmat lelaki yang bolehla memasak adalah sangat diperlukan sekaligus menaikkan rating mereka untuk menjadi lelaki idaman kalbu.
makan2 jugak bang, pandai masak tak ni? kalau setakat masak air, memang takleh masuk kategori lelaki idaman kalbu la
3. Lelaki yang harum
crazy statement tuh. haa, normalla. siapa nak pasangan bau macam kambing kan? baik gi kandang kambing kalau camtu. fitrah manusia biasa la. sangat suka benda2 yang harum mewangi ni. tapi kalau harum tiba2 menusuk hidung di kala malam jumaat tuh, lain cite la. for me, aku sangat tertarik bila ada lelaki yang lalu, tiba2 bau perfume dia menyumbat saluran hidung aku. memang aku akan tengok siapakah gerangannya. haha. macam pervert ke? taklah. bagi aku normal la tu. macam jugak kalau ada benda busuk lalu kat depan belakang dirimu, kau juga akan mencari bau apakah itu kan?
4. Lelaki yang tak kekok dengan budak-budak
picture tells everything. malas aku nak terang panjang lebau. cukuplah kalau aku kata lelaki yang pandai nak handle budak kecik. kan dah leh asah bakat di situ. nanti dah berkeluarga takde la kekok bila dapat anak kan? lagi pula, perempuan cepat tergugat hatinya bila tengok lelaki seperti ini
kau tak sentap ke nanti kalau suami layan anak macam ni? ni semua sebab takde ciri yang tak kekok dengan budak2. kot iya pun merajuk sebab suruh jaga anak, takkan letak budak kecik tu camtu kan? kalau budak tu tiba2 mimpi ngeri sambil meracau-racau ke, tinggi risiko dia nak jatuh tergolek kat bawah tu
5. Lelaki yang memahami
sebenarnya, lelaki yang memahami adalah sangat luas perspektifnya. memahami dalam banyak sudut. contohnya apabila:
- perempuan emo tiba2, lelaki kata "oohh, si dia tengah PMS. takpe2. i paham. kakak i camtu jugak. takde hal punya"
- perempuan tak suka lelaki hisap rokok sampai sekotak sehari, lelaki kata "oohh, dia sayang aku dan duitku. taknak aku mati cepat + taknak kasi pak cik jual rokok tu kaya"
- perempuan tak angkat telefon atau tak balas mesejnya selepas gaduh kaw2 punya, lelaki kata "oohh, dia perlukan masa untuk bertenang. nanti dah sejuk sikit, pujuk balik."
6. Lelaki yang pandai
pandai takde la sampai tahap albert eistein. kalau otak tip top punya, selalu dapat dekan kat uni tapi hati busuk, tak guna jugak kan. perempuan admire kalau lelaki boleh guide diri mereka dengan kepandaian yang dimiliki. contohnya, kalau perempuan curious mengenai proses fotosintesis, lelaki yang pandai akan terang sampai perempuan tu faham. contoh ajela kan. pandai yang dimaksudkan ini bukan sekadar pandai dalam pelajaran aje. perempuan suka bila lelaki pandai ini pandai mengaji, pandai sembahyang, pandai memujuk, pandai tukar tayar kereta, pandai sesuaikan diri ikut persekitaran dan seumpamanya.
banyak lagi sebenarnya ciri lelaki idaman kalbu ni. kan tulis panjang2 kan, lelaki kata perempuan ni demand pulak nk gitu gini kan. kesimpulannya, manusia takde yang perfect. jadi, marilah berusaha menjadi yang lebih baik. haha, siyes tak sesuai penutup aku. again, ada aku kisah??
5 sedang ZZZ:
euha,sometimes single is better.
bila couple rse nk menyingle,bila menyingle nk mengapel..hhuhuhuhu
sy x ksh pn hdp sdri
tp sy hairn mgpa org d skllg hrs hairan bila sy msh sgle?
hmm..
waaaAaa..ade jugak laki yg harum bau..hahaha..ekgi kite cari same2 dlam bas 4hb nih ea
haha
mu cari r sorg2
1. Lelaki yang ada sense of humor.
=pelawak
2. Lelaki yang bolehla memasak.
= mmber aku ade sorg yg pndai msk....sum
die aku mkn sdp...haha
3. Lelaki yang harum
= japierah yg mmmg sumbakkkk busuk...mls
mndi....
4. Lelaki yang tak kekok dengan budak-budak
= aku ske mia sara....shomei...
5. Lelaki yang memahami AND 6. Lelaki yang pandai
= kalu die pyh paham, die x blh jwb exam dgn elok, rezult teruk, org cop die x pndai...haha
Post a Comment