CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 23, 2011

Addicted #1 B1A4



B1A4  stand for Be The One All For One atau juga merujuk kepada ahli kumpulannya yang memiliki darah jenis B (Baro) dan A (CNU, Jinyoung, Sandeul, Gongchan). mereka baru sahaja debut pada 21.04.2011 dengan lagu O.K. lagu ini amat catchy kalau ikut telinga aku. tariannya pun owsom. bila on stage, aku akan perasankan CNU sebab dia pakai spek, dengan rambut panjang sikit pastu ikat secotet aje, pastu dia pakai short, dengan dua gigi depannya macam gigi arnab, pastu suaranya yang delicious, dan kadang2 bila dia tersengih mukanya macam kim hyun joong sket2. in a nutshell, he is my bias. i love CNU. sampaikan anak kucing yang mak cik aku jumpa dalam kereta dia and then mak cik aku ambil untuk dibela dan bila aku jumpa "OMG cutenya!" dan aku pun terus jatuh cinta dekat anak kucing tersebut lalu aku ambil keputusan namakan anak kucing itu sebagai CNU sebab siyes CNU versi anak kucing ini sama cute macam CNU versi manusia. dan nampaknya anak kucing tersebut faham bila aku panggil "CNU, CNU, CNU..."


beliau lahir tahun 1991. 2 tahun je kot beza umur dengan aku. ahaks ^_^

CNU senyum.


 Baro, si rapper.

Sandeul, ada iras Sungmin SuJu sikit2. 

Gongchan, magnae with cuteness yang terlampau.

jinyoung a.k.a the leader.


                                          
   parody tale of two sisters.


CNU lagi.

only learned bad things, lagu mereka yang buat aku addicted. kalau boleh hari2 mau layan sebab aku suka + lagu best + tarian yang macam simple tapi owsom. lagi2 part saranghae neol saranghae yang kat last2 tu. aku suka Baro menari time tuh. hahah. comel tuh.



** credit to google and youtube for giving me such a beautiful pics and video. i leb u ol...

Sunday, August 21, 2011

Kutulis Namamu - Bab 2 -



CEBISAN rumput kering yang melekat pada seluar treknya disapu bersih. Zara masih setia di bawah pokok ketapang itu. Hari ini, berlangsungnya Kejohanan Olahraga kali ke 16 peringkat daerah yang dijalankan di sekolahnya. Zara tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan acara lari 100 meter lelaki dan perempuan yang bakal berlangsung seketika nanti.

Mata Zara melilau ke kiri dan kanan. Dia tercari-cari akan kelibat temannya Suri dan Nadia. Kedua-duanya hilang sejak tadi. Katanya ingin membeli minuman di koperasi. Namun kini, masih juga tidak muncul-muncul.

Dilemparkan pandangannya ke tengah padang. Kelihatan atlet-atlet sekolah seluruh daerah sedang memanaskan badan. Bersiap sedia untuk merebut gelaran juara kategori lelaki dan perempuan yang menjadi idaman. Dilihat Aqif, adiknya sedang berbual dengan Cikgu Malek, guru Pendidikan Jasmani sekolah mereka. Pasti berkenaan dengan acara yang bakal disertainya sekejap sahaja lagi.

Zara perasan bahawa Nazim yang berada di tidak jauh darinya sedang berbual mesra dengan seorang cheer leader dari sebuah sekolah swasta yang terkemuka. Dia bukanlah peduli, cuma apabila sesekali mata Nazim terasa menikam memerhatikannya. Zara pura-pura tidak menyedari walau hakikatnya dia ingin sekali agar tidak bersemuka dengan lelaki dari kelas yang sama dengannya itu walau hanya sehari.

Sedang asyik dia melayani perasaan, Suri dan Nadia muncul sambil membimbit beg plastik yang mengandungi makanan dan minuman yang dibeli dari koperasi sekolah.

“Sorry sayang. Koperasi kena serbu tadi. Ramai gila manusia,” Suri menjelaskan alasan kelewatan mereka.

“Iyalah tu. Entah-entah kau sempat ‘ngedate’ atlet sekolah lain tak?” Usik Zara. Dia sedia maklum akan hubungan Suri dengan Ashraff, seorang pelajar Tingkatan Enam dari sebuah sekolah lelaki yang berdekatan, yang turut menyertai sukan olahraga pada hari ini.

Suri tersipu malu. Nadia pula asyik dengan dunianya menikmati keropok sira sambil mencuci mata.

“Taklah. Cuma sempat say hi hi aje.” Balas Suri.

“Lagi nak menipu aku. Macam aku tak kenal kau.”

“Dah tu, buat aku macam tiang letrik. Tercongok tengok dia berdua. Kejam tau,” Nadia yang menyampuk tiba-tiba menyebabkan Zara tertawa geli hati. Siap dengan gaya lemah longlai yang tak tahan tu.

“Mengungkit kau ye. Nanti aku tak kirimkan salam kau pada Faisal.”

Semerta Nadia tersengih macam kerang busuk sambil mengurut-urut bahu Suri. Lebih kepada mengampu gayanya. Terkesan benar dia apabila Suri mengugut menggunakan nama abang sepupunya yang telah lama diminati oleh Nadia.

“Alah, gurau manja sikit dah sensitif. Aku tarik balik eh kata-kata tadi.” Nadia memujuk. Zara masih ketawa perlahan. Geli hati melihat lagak desperate Nadia itu. “Jangan lupa salam aku tu.” Sempat dia memesan kepada Suri.

“Perempuan ni, gedik semacamlah,” balas Suri selamba. Nadia juih bibir. Urutannya terhenti di situ.

“Macam-macamlah kau berdua ni,” komen Zara melihat aksi lakonan Suri dan Nadia. Ada-ada sahaja idea mereka.

“Zara, kenapa Nazim asyik pandang sini eh?” Suri bersuara sewaktu mereka asyik menyaksikan acara lari 100 meter. Zara yang kusyuk melihat Aqif beraksi di padang langsung tidak mendengar kata-kata gadis bertocang satu itu.

“Yeay! Adik aku juara!” Zara bersorak girang diikuti oleh Nadia hinggakan dia bangkit dari duduknya. Gembira apabila adiknya yang berusia 15 tahun itu berjaya merangkul pingat emas sekaligus membawa nama kepada pihak sekolah. Ingin sahaja dia berlari ke arah Aqif yang dikerumuni guru dan rakan-rakannya.

Suri bagaikan baru sedar dari mimpi. Terpinga-pinga melihat wajah ceria Zara dan Nadia.

“Eh, eh apa yang aku dah terlepas ni?”

“Minah ni, mengigau ke? Tak nampak si Aqif menang tadi?” balas Nadia.

Zara masih memerhatikan adiknya. Sesekali dia melambai ke arah Aqif yang memandang ke arahnya sambil mengangkat kedua ibu jarinya. Betapa dia bangga dengan pencapaian Aqif.

Suri garu kepala. “Tak perasanlah.” Dia merungut.

“Kau tidur kenapa? Rugi tau. Dalam Buletin Utama malam ni belum tentu kau dapat tengok adik aku berlari. Limited edition. ”

“Nazim la. Ralit pula aku perhati dia diam-diam.” Zara tidak menunjukkan minat. Bosan mendengar sebaris nama itu.

“Jangan nak kata yang kau syok kat dia pula,” Nadia meneka.

“Excuse me. Abang Ash aku mana nak letak? Satu lagi, siapalah boleh sangkut dengan mamat samseng macam dia tu. Please…” Suri sebak rambutnya gaya seorang diva.

“Habis?”

“Aku perasanlah yang dia asyik pandang sini.”

“Biarlah. Mata dia, suka hati dialah. Buat tak nampak sudah,” Zara bersuara bagi menutup perbualan berkisar topik yang paling dia benci.

“Zara, alang-alang dah terkeluar nama dia, aku nak tanya sikit boleh?” Nadia menyusun kata.

“Tak boleh.” Balas Zara bersahaja. Tak larilah tu daripada topik mamat samseng seorang ni.

“Bukan apa, aku cuma pelik aje. Kenapa dia selalu aje cari fasal dengan kau? Setahu aku kau kan baru aje transfer ke sini awal tahun. Maknanya baru tiga bulan. Tapi kenapa cara dia cari fasal dengan kau macam dah lama kenal?” Nadia mula mengeluarkan naluri detektifnya.

“Kau tanya aku kenapa? Tanya dialah. Apa, kau ingat corak dia mencari fasal dengan orang lain bergantung kepada tempoh dia kenal orang tu ke? Malang betul aku sekelas dengan kepala angin tu,” luah Zara bersahaja. Dia sendiri kurang mengerti sikap Nazim. Macamlah dia ada buat kecoh dengan hal lelaki itu. Melampau betul caranya melayan aku. Tak ubah macam aku berhutang sepuluh juta dengan dia.

“Itulah. Aku pun tak faham. Jarang aku tengok dia kacau perempuan. Kalau dengan student lelaki tu lain ceritalah,” Suri menyatakan pendapatnya. Kasihan juga dia kadang-kadang apabila teman yang dikenalinya sejak mereka di bangku sekolah rendah lagi ‘dibuli’ oleh Nazim, kapten bola keranjang dan jaguh tenis sekolah mereka.

“Malaslah aku layan cakap fasal hal ni. Buang karan aje.”

“Okey okey. Sorry darling. Kesimpulannya, kacau mood aje kan.” Nadia, teman rapat Suri yang juga mula bersahabat baik dengan Zara sejak tiga bulan yang lalu memberi hujah penutup.

“Maaf diterima.” Suri menjawab bagi pihak Zara. “Jom makan? Laparlah. Asyik kunyah keropok aje mana nak kenyang.”

“Kuat makanlah kau ni. Badan tak jugak gemuk. Jealous aku,” ulas Zara.

“Alah, pertandingan belum habis lagilah. Tahanlah sikit lapar kau tu.”

“Macamlah kau concentrate sangat dengan race. Kasihanilah perut aku ni. Asyik main lagu hip hop aje dari tadi. Penatlah,” pujuk Suri.

Lama menanti jawapan, akhirnya Zara dan Nadia beralah. Niat untuk mendera Suri tidak kesampaian apabila telinga mereka dapat menangkap bunyi ‘keriukk’ daripada perut gadis itu, sekaligus mengundang tawa mereka. Lalu, mereka bertiga beriringan menuju ke café.



TEPAT jam 4.00 petang, Zara sudah terbaring keletihan di atas tilamnya. Selesai mandi dan solat Zohor yang hampir ke hujung waktu, dia langsung tidak berlengah untuk merehatkan diri. Makan tengah hari yang disediakan uminya langsung tidak dijamah dek lenguh-lenguh satu badan. Seolah dialah atlet yang beraksi di padang sekolah tadi.

Mengingatkan hal tadi membuatkan api kemarahan Zara kembali marak. Bagaikan lava gunung berapi yang berebut-rebut ingin memuntahkan lahar merahnya.

Nazim sudah benar-benar menguji tahap kesabarannya yang paling tinggi sekali. Argh, kalau bukan Nazim, siapa lagi yang sanggup dan tergamak melakukan perkara itu?

Sewaktu tamat persekolahan tadi, ketika pelajar yang lain berpusu-pusu menuju ke arah pagar sekolah, Zara mengambil peluang untuk ke perpustakaan sekolah terlebih dahulu. Dia yang sudah beberapa hari terlupa untuk memulangkan beberapa buah buku yang dipinjam bergerak menuju ke arah bilik darjah yang terletak di aras dua Bangunan Perdana. Bertujuan untuk mengambil buku-buku tersebut yang ditinggalkan di bawah mejanya. Keadaan kelas sunyi ketika dia tiba. Menandakan tiada sesiapa di situ. Namun begitu, apabila dia menghampiri mejanya yang terletak di tepi tingkap, Zara mengurut dadanya. Terkejut dengan pemandangan yang dilihat.

Habis isi mejanya diselongkar dan disepahkan. Paling menyakitkan hatinya apabila sebuah buku rujukan yang dipinjam daripada perpustakaan terpisah dua. Dikoyakkan tanpa belas. Terkaku dia seketika.

Hampir bergenang air matanya melihat keadaan tempat duduknya yang bagai ditiup taufan. Nasiblah kerusi mejanya tidak bercerai badan.

Perlahan dia mengutip buku-bukunya yang bertaburan. Hatinya yakin. Kuat menyatakan bahawa disebalik semua ini, berdirinya lelaki yang bernama Nazim Ehsan itu. Kejamnya lelaki itu.

Ikutkan hati yang marah, ingin juga dia melakukan hal yang sama terhadap meja Nazim di belakang kelas. Namun, dia masih sedar kalau itu tidak membawa sebarang perubahan. Sekali lagi, wangnya bakal terbang bagi menggantikan harga buku yang bernilai puluhan ringgit itu. Zara mengeluh perlahan.

Setelah selesai urusannya di perpustakaan sekolah, Zara berjalan menuju ke arah kawasan parkir yang disediakan khusus untuk para pelajar. Mengingatkan sesi soal jawab dengan pustakawan sebentar tadi membuatkan hatinya sebal.

Macamlah aku yang koyakkan buku tu. Ingat aku ni bengap sangat ke nak pisah buku tebal tu jadi dua. Aku pun reti juga nak hormatkan ilmu. Apasal nak marah aku pulak? Marahlah si samseng Nazim tu. Mintak sekali duit ganti dengan dia.

Berbakul-bakul dia menggumam tidak puas hati. Namun, dia juga sedar akan silapnya kerana meninggalkan harta perpustakaan di bawah meja. Sungguhpun begitu, tidak wajar sikap Nazim yang ketara jahatnya memusnahkan hak milik perpustakaan sekolah walaupun nama Zara yang tertera sebagai peminjamnya.

Baru sahaja dia ingin memasukkan anak kunci ke dalam tengkuk skuter Yamaha Nouvo Snya, Zara tepuk dahi. Seakan tidak percaya dengan kejutan kedua yang diterimanya pada hari ini.


Zara terduduk taktala melihat tayar depan dan belakang motosikalnya kempis. Serta merta air jernih mengalir di pipinya yang merah dek bahang mentari. Penat terasa menghadapi saat-saat yang tak terduga itu. Kosong fikirannya seketika.

Sampai hati dia diperlakukan sedemikian. Seumur hidupnya, belum pernah dia menghadapi saat-saat yang dirasakan sukar sebegitu. Apa salahnya? Apa khilafnya hingga dia diperlakukan sedemikian rupa?

Lama dia terdiam di situ. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang cuma melihat, langsung tidak masuk campur. Mungkin mereka aneh melihat Zara diam merenung tayar motorsikalnya.

Dan di suatu sudut yang tersembunyi, sepasang mata sedari tadi memerhatikan Zara yang malang. Terukir senyuman di bibir. Tanda puas yang amat melihat nasib gadis itu.





Thursday, August 18, 2011

Kutulis Namamu - Bab 1 -


credit to google



ZARA mengetap bibirnya. Geram dan sakit hati saling bergaul rata di dalam dadanya. Cuba dikawal rasa itu dengan berlagak setenang yang mungkin. Namun, perasaan itu begitu ketara terpapar di wajahnya yang kemerahan.



 
“Kau tak puas hati ke?” Soal Nazim kasar. Cis, kurang ajar. Dasar pembuli!
 
Nazim menghampirinya yang duduk di kerusi. Lelaki itu memandangnya sinis. Zara mendongak membalas pandangan Nazim dengan tajam. Mahu tembus matanya kerana geram yang amat.

“Jangan kacau aku boleh tak?” Balas Zara kembali. Waktu itu kelas masih lenggang. Waktu rehat. Yang ada di situ cuma dia, Tiara, Nazim dan beberapa orang geng lelaki itu. Tiara, penolong kelas 5 Gemilang kaku di mejanya. Gerun untuk masuk campur walaupun dia kasihankan Zara. Dalam hatinya berdoa agar rakan sekelas yang lain cepat pulang dari café di bangunan yang bersebelahan.

“Woi perempuan! Kau ingat aku teringin sangat nak kacau kau? Boleh jalanlah,” Nazim ketawa. Lebih kepada mengejek bunyinya. Ketawa yang bagaikan dibuat-buat itu disambut oleh Rezal, Keifli dan Naim.

“Dah tu, yang kau rampas buku latihan aku kenapa? Bak sinilah!” marah Zara. Dia cuba mendapatkan kembali buku latihan Matematik Tambahan yang berada dalam pegangan Nazim. Lelaki itu mengelak.

“Melawan pulak kau ni ye?”

Zara mencebik. Apa, mentang-mentang kau anak orang kaya, aku tak boleh lawan kau ke? Kau ingat, kau lelaki aku perempuan, suka hati kau aje nak buli aku?

“Apasal mulut kau mencecet macam murai kena ikat mulut ni? Tak puas hati? Hahaha…”

“Kau tu yang sebenarnya tak puas hati dengan aku kan? Dah takde modal lain ke ha? Balik-balik buku aku juga yang kau rembat?”

Zara menghamburkan rasanya. Lantaklah apa pun yang terjadi. Nazim semakin menjadi-jadi. Masuk kali ini, sudah empat buah bukunya menjadi mangsa lelaki kurang siuman itu. Entah apa nasib buku latihan Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik Modennya. Puas juga dia beralasan dengan guru bagi matapelajaran tersebut. Alih-alih, duit tabungnya juga yang mengalir keluar bagi mendapatkan buku latihan yang baru.

“Bisinglah kau ni. Okeylah, kita balik kepada tujuan utama ye,” Nazim lempar buku kepada Zara. Nasib gadis itu sempat sambut. Dasar tak hormat ilmu! Marah Zara cuma di dada.

Lelaki berambut ceracak gaya penyanyi Barat itu menarik kerusi menghadapnya. Lagaknya persis polis yang cuba menyoal siasat pesalah. Mereka diam seketika.

“Selama ni, kau kan yang jadi tali barut Cikgu Amin.”

Tuduhan Nazim membuatkan Zara tersenyum kambing. Tak habis lagikah lemparan itu terhadapnya?

“Kau tuduh aku ni, ada bukti ke?”

“Habis, siapa lagi yang selalu sangat keluar masuk bilik dia? Muka kau ajelah. Setiap kali tu jugaklah aku kena masuk bilik disiplin.”

“Kau yang buat salah, kau nak babitkan aku pula. Kalau tak nak masuk bilik disiplin, jagalah sikit perangai setan kau tu.”

“Kau ni siapa nak ajar-ajar aku? Hah?”

“Bila masa aku nak mengajar kau? Takde masa okey?” Balas Zara bersahaja. 
 
Wajah Nazim sudah berubah. Merah menahan perasaan yang ingin meletup. Kalaulah yang berada di depannya kini seorang lelaki, pasti sudah lama penumbuk hinggap di mulut celupar itu.

“Kau sengaja cari fasal dengan aku kan?”

Zara terasa ingin ketawa pula. Namun cuba ditahannya. Aku yang sengaja cari fasal? Nazim memang tak sedar diri. Tak sedarkah selama ini lelaki itu yang selalu mencari dan mencungkil kesalahannya yang dia sendiri kadang-kadang tidak tahu. Perasan betul. Dia ingat semua perkara hanya berkisar dan berkait dengan dirinya sahajakah?

“Untuk pengetahuan kau, wahai Nazim, masalah kau keluar masuk bilik disiplin ke, bilik pengetua ke, langsung tak berkait dengan aku. Macamlah aku ni takde kehidupan selain nak report fasal hal kau aje.”

“Kalau bukan sebab mulut kau, siapa lagi? Kau seorang aje yang selalu jumpa Cikgu Amin,” Nazim mula menuduhnya.

Lelaki itu sudah berkurang kesabarannya. Mengingatkan dirinya yang digantung sekolah selama beberapa hari disebabkan laporan bahawa dia yang bertanggungjawab memulakan pergaduhan dengan beberapa orang pelajar sehinggakan ada yang ingin bertukar sekolah. Walaupun pergaduhan itu menjadi rahsia antara yang terlibat, namun ada laporan telah sampai ke telinga guru disiplin sekolah itu menyebabkan watak utamanya Nazim digantung sekolah. Paling menyakitkan hatinya apabila dia terpaksa menadah telinga mendengar leteran kedua orang tuanya selama berhari-hari. Lebih malang lagi, janji papanya, Datuk Aqram untuk menghadiahkannya sebuah kereta terkubur begitu sahaja selepas peristiwa tersebut.

“Bercakap dengan kau ni tak ubah macam aku bercakap dengan budak kecil. Buang masa. Suka hati kaulah nak fikir apa pun.” Zara sudah bosan. Seratus kali diulang bahawa dia tiada kaitan dan tidak berminat dengan hal Nazim sekalipun, lelaki itu tetap ingin menyalahkannya.

“Zara, Zara. Kau memang silap besarlah sebab cari fasal dengan aku.”

Oh, Nazim sudah mula mengugutnya. Zara sedia melawan kerana dia tahu tiada salahnya di situ. Lelaki itu yang bermasalah sebenarnya.

Nazim tersenyum seketika kepadanya. Zara pandang sekilas sahaja. Malas dilayan perangai tak matang itu.

“Tak mengapalah wahai Zara. Hari ni mood aku baik sikit. Jadi, kita stop sini ajela. Tapi, aku harap kau jaga sikit eh. Langit tak selalunya cerah.”

Ceh, nak berdrama pula mamat ni. Apa-apa ajelah Nazim oi. Tak berbaloi layan perangai budak-budak kau tu.

Nazim pandangnya atas bawah. Lelaki itu kemudiannya berlalu pergi ke mejanya yang terletak di belakang sekali. Seketika, terdengarlah suara-suara sumbang Nazim, Rizal dan Naim yang sesekali disampuk Keifli.

“Nikmat sangatlah tu mengejek aku. Terencat!” Gumam Zara sendirian.


** Saya budak baru belajar. Tiba-tiba tangan gatai nak menaip. Semoga idea mencurah2 datang dan kerja ini tidak terbelangkai separuh jalan. Amin... **

Monday, August 15, 2011

Putus Cinta Itu Normal


selamat pagi semua.

selepas aku menerima berita dia sudah berpunya, aku sudah tidak berani lagi menyimpan angan-angan untuk menjadikan dia sebagai lelaki idaman dalam tidur mahupun jaga. ya, dia milik orang walaupun belum ada ikatan yang benar-benar tersimpul kukuh dan ketat. akhir kata, aku akan menghormati hubungan mereka. sobs sobs . . sungguh aku tak tipu.

oleh sebab itu, marilah kit cekidaut calon-calon lelaki pilihan tahun 2011. selagi mereka belum memegang title in relationship, maka tidak mengapalah untuk berangan2 walau seketika cuma. sebelum itu, pliss dun label me as itchy punya perempuan sebab ni blog ambe. jadi, happy heart ambe la ye..


- ELI U KISS -


  • Elison Kim atau Eli from U Kiss. berjaya menduduki carta bukan sekadar beliau pandai rap, tetapi juga disebabkan sense of humor yang wujud dalam diri beliau. beliau pandai mimik burung dan donald duck hanya dengan menggunakan mata, hidung dan mulut serta sedikit pergerakan kepala beliau. ini merupakan faktor penting andai kata suatu hari nanti, beliau memiliki anak dan anak beliau kuat menangis. maka, kelebihan ini boleh diijadikan medium supaya anak beliau tdak menangis lagi.
  • beliau juga pandai memasak. buktinya, tengok chef kiss, variety show kumpulan U Kiss. beliau sering dipuji oleh chef sebab beliau agak terer memasak. 
  • kalau nak berkomunikasi dengan beliau, kalau tak reti korean atau mandarin, boleh bercakap dalam bahasa inggeris aje dengan beliau sebab beliau lahir kat LA sebelum pindah Washington.
  • beliau terer taekwando ngan kungfu. tapi jangan bimbang, beliau tak pukul perempuan.
beliau juga terer memandu. pagi-pagi bolehlah hantar anak ke sekolah. 


- DONGJUN ZE:A -

 
  • dongjun ini seorang yang atlethic. beliau bukan sahaja pandai menyanyi dan menari, tapi beliau juga laju dalam berlari. siapa selalu layan let's go dream team dah konpem faham bebeno dengan semangat bersukan beliau. tak hairanlah kalau beliau ada anak nanti, anak2 beliau boleh menjadi atlet sukan sebab mewarisi darah kesukanan (?) daripada beliau.
  • walaupun beliau nampak tough gitu dengan 6 pack beliau, beliau juga merupakan seorang yang berhati lembut. beliau pandai juga buat kelakar di samping aegyo yang boleh buat orang kena diabetes sebab terlalu suweet.
 
beliau juga calon bakal bapa yang penyayang sebab beliau tidak kekok sama itu budak kecik

 
- SUNGHO MBLAQ -


  • lelaki yang bernama yang seungho ini bukan jenis lelaki yang pandai aegyo2. no no no. dia tidak reti dan tak suka itu semua. tapi bial dia act cute, OMG! konpem kamu jatuh chenta.
  • dia seorang yang pandai main piano. sebab itu beliau digelar yang chopin
  • beliau juga kuat makan. tapi, tak mengapa sebab kuat makan menandakan makanan yang dimakan itu enak sekali.
  • beliau memiliki bunyi ketawa yang buat kita edikted mahu ketawa sama. kalau anda layan mblaq sesame player dan idol army mblaq punya misalnya, anda akan jatuh chenta sama dia. 
  • beliau pandai menyanyi. sebab itulah beliau jadi penyanyi.
  • beliau suka akan gadget2.
  • beliau memiliki habit yang tidak boleh dibuang iaitu selalu licks his lips *auww*
  • beliau juga pandai mengait sebab beliau belajar dengan neneknya. beliau kata, beliau akan mengait skarf (?) untuk bakal isterinya. *ok*
 

i am melting rite now.. wuwu

*kredit to google for a beautiful pictures*

Friday, August 12, 2011

Aku Dan Dia


sebagai mukadimah, aku kenal dia sejak lebih kurang 4 tahun lepas. uihh, lama gok posen dua. mula-mula kenal, skil malu2 gitu. dia ni dahlah tinggi, kira leh jadi pelindung aku la fasal aku pendek sikit. tak mencapai sasaran tinggi model la kiranya. pulak tu perangai baik, sopan, tapi kadang2 keluar jugak perangai bengkengnya. tapi memang calon menantu idaman ar. masa kenal tu, kami lower six.

aku memang tak sangka, hubungan kami memang kacik gile bak kata orang terengganu. disebabkan jodoh panjang, sampai ke masuk universiti pun dapat U yang sama. tak sangka pulak. duk pulak kat kolej yang sama. lain rumah, lain bilik je. nak kabo betapa kami berjodoh antara satu sama lain.

kalau ikutkan antara aku dengan dia, memang macam sudu ngan chopstick gitu. betapa bezanya. tapi, disebabkan chemistry gitu antara kami, jadi segala perbezaan bukan penghalang. satu je, kami bila duk dekat, mula la banyak cerita nak berkisah2. sampai lenguh mulut dan sampai kadang2 habis modal cerita dah nak pusing. tapi, aku suka saat2 itu bersamanya.

kalau balik kampung, tak sah kalau tak duduk seat yang sama. macam tak lengkap aje hidup. time dalam bas la nak beromantik ngan dia. makan2 kerepek ke, asam ke sambil-sambil bercerita. pulak tu, dia ni kalau tidur, kepala tak hempap bahu aku memang tak sah. walaupun kadang2 rasa perit bila bahu tiba-tiba kena henjal tanpa amaran, aku tak kisah. asal dia boleh bermimpi indah-indah.

dia memang spesel. waktu aku susah, memang muka dia yang akan aku hadap. antara kami, tiada rahsia. waktu aku senang pun, memang dengan dialah aku nak share. sejujurnya, kenal dengan dia sedikit sebanyak mengubah diri aku. 

kepada DIA, terima kasih sebab banyak tolong aku. sebab selalu ada di samping aku. sebab jadi antara yang SPESEL dalam hidup aku. semoga kita berjodohan sampai ke tua. selalu aku teringat macam-macam kenangan tercipta antara kita. tak sabar nak jumpa dan bergurau senda macam biasa.



I LEBIU VERY MUCH...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


i lebiu my pren ^^

Thursday, August 11, 2011

grrr

salam ramadhan...


cap ayam sungguh. punyalah gigih semalam aku menaip entry sal hidup semasa plkn, alih2 tadi nak edit post tengok takde pun entry tu. rasa aku dah save dh. ni gara2 line p1max yang lemau pe biskut duk dalam tupperware yang tak tutup rapat2 la ni. lenguh aku menaip. tapi nak wat guane dah. takpela, lain kali aku cuba lagi.


* aku tengok berita kelmarin kut, sal budak malaysia yang kena rompak masa rusuhan kat london tu, kesian dia. banyak gila darah atas jalan or. pahtu ada pulak bowl2 hayun yang ambik kesempatan. dugaan...

* aku tengoklah iktibar kat tv3 kul 11.3o mlm tadi. konpem mengalir mutiara2 jernih di pipi. paling terkesan kat diri aku yang kisah last sekali. kisah kena ragut tu. tengok suami ngan anak bongsu dia menangis bila bercakap sal arwah, buat aku teringatkan arwah mak aku :'(




EYE CANDY 
sumbangan ikhlas dari b1a4.com


i let out a deep sigh and always reflect on my actions,
i want to do good but i can't - CNU