“Awak ni gila ke apa? Kan saya dah cakap yang cuti semester nanti saya tak nak balik rumah family awak. Saya nak balik Melaka jugak. Muktamad.” Irina memberikan kata putus.
“You nak balik ke Melaka ke, ke Johor ke, ke mana-mana ke, you punya sukalah. Tapi tidak sebelum ikut I balik ke villa. Yang ni baru muktamad. Faham?”
“Apa pulak nak paksa-paksa macam ni?” Irina garu kepala yang tidak gatal. Geramnya dengan sikap Airil. Kalaulah sekarang mereka ada di tempat tertutup, mahu sahaja Irina menjerit dan buat apa sahaja supaya keputusan berpihak kepadanya. Namun, memikirkan yang mereka sekarang berada di food court universiti, ditahan jua rasa sakit hatinya. Tambah pula, banyak mata-mata yang memandang mereka. Almaklumlah, dia kini duduk semeja dengan Airil Arman Dato’ Ridzuan.
“Suka hati youlah nak cakap apa.”
“Awak ni kenapa? Kalau saya tak nak, tak naklah.”
“You tu wife I. You nak cari nahas ke kalau nanti kita balik asing-asing? You nak I jawab apa pada papa dan umi I?”
Irina diam. Ada benar juga kata-kata Airil. Namun, hatinya kuat menyatakan keinginan untuk pulang ke kampung halamannya. Dia teramat rindukan rumah kayu itu. Sangat rindu.
“Dahlah, Irina. You better go now. Our discussion is over. Lagipun, you takde kelas ke? Asyik nak berkepit dengan I. Rimas tau?” Ejek Airil. Muka Irina memerah. Dasar perasan. Bentaknya dalam hati.
“Saya pun bukannya nak sangat berkepit dengan awak, tau? Tolonglah Airil, awal-awal lagi saya dah bagitahu kat awak. Cuti ni, bagilah saya balik kampung saya. Awak pujuklah papa dengan umi awak. Please..”
Airil angkat wajahnya yang sejak tadi melekat pada skrin laptop. Dipandang wajah Irina. Tajam.
“I’m so sick with Melaka’s thing or whatever! Kan I dah cakap yang kita akan balik ke villa. Noktah. There’s no point to argue about that. You tak faham-faham ke?”
Irina ketap bibir. Sampai hati Airil. Argh, bencinya. Wajah Airil sedikit tegang. Lelaki itu berusaha mengawal riak kelakuannya agar tidak ketara pada pandangan umum.
“Semua benda nak kena ikut telunjuk awak. Macamlah saya ni tak berperasaan.” Irina bersungut perlahan. Semerta dia bangun daripada kerusi. Malas bertekak dengan Airil. Selalu aje nak menang. Benci...
“Oh ya, pukul 4 I dah nak gerak balik. Kalau you nak balik dengan I tunggu kat bus stop. Don’t be late. I tak suka menunggu.” Pesan Ashraf.
“Awak nak balik, baliklah. Kat luar sana berlambak bas ada.” Balasnya geram. Macamlah aku hairan sangat nak tumpang kereta dia.
“Fine then.”
Langkah kaki dihayun meninggalkan Airil. Tanpa sebarang pamitan. Di dalam hati, perasaannya cukup membara. Namun, seperti biasa hanya mampu dipendam sahaja.
3 sedang ZZZ:
plagiat ke ilham sndri???hehe...
plagiat
oooo...teruskan usaha anda...
Post a Comment