CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 27, 2010

luah perasaan yang dah lemau



tadi duk sembang2 kat chat group budak2 ytd batch kami. okey, takdela sembang apa sangat tapi lebih kepada mengarut meraban aje. but still, membaca komen2 mereka pun buat aku gelak sorang2. nama aje dah besar panjang, tapi perangai macam zaman sekolah dulu still ada. membuatkan aku merasakan alangkah indahnya kalau boleh putar balik masa. kembali ke zaman baru nak kenal dunia luar.

tinggal kat asrama penuh ni sebenarnya ada yang sangat best and ada juga yang sangat tak best. i mean, ada certain part yang buatkan kamu rasa taknak tinggalkan tempat tu dan ada certain part yang lain pulak sebabkan kamu rasa tinggal kat asrama penuh macam duduk kat kem askar or watsoeverla . .

orang kata, bila tinggal kat asrama buat kita jadi independent. yay, i admit that. semua benda nak kena buat sendiri. yang tak pernah basuh baju dengan tangan boleh jadi pro. tak pernah kongsi bilik dengan orang lain pun dah boleh terima hakikat bahawa hidup mestilah berkongsi. apa2 ajela. tapi, aku rasa aku masih seperti dulu. nak betul2 berdikari memang aku gagal =_='

banyak kenangan yang wujud selama 3 tahun aku duk asrama. tetiba teringat balik benda2 yang buat aku tak puas hati. 

1)   aku masih ingat satu peristiwa. time tu aku form 1. kongsi dorm dengan akak2 form 2. time tuh, nak mandi kat shower. ada dua orang akak ni. duk gaduh2 manja pagi2 hari. berebutkan bilik mandi tu. yang  2 bilik lain kalau tak silap aku bila dah mandi konpem air bertakung. so, bilik mandi spesel inilah menjadi rebutan ramai. hampir 3 4 minit mereka buang masa depan pintu siapa yang patut masuk dulu. last2 aku pun dengan selamba badak terus masuk ke dalam bilik mandi itu tanpa apa2 perasaan bersalah. dah tu, dari tadi takde siapa yang nak masuk. aku pun masuk ajelah mandi.

so, setiap hari jumaat lepas warden check kebersihan dorm, dorm aku akan buat meeting mingguan la konon. kat situ aku kena sound tegur dengan akak2 tu. kononnya aku tak patut wat gitu. apekehal?? takkan la kalau mereka gaduh situ setengah jam, maka setengah jam jugak aku harus menjadi saksi saat2 manis mereka berdua? memang aku tak puas hati. mentang2 la aku junior,mereka senior. sesedap rasa aje. nyampah aku. tapi time tu mana boleh nak defend diri sendiri. orang komen, haruslah aku mendengar dan mengiyakan sahaja. kan tak pasal2 kena cop junior kurang ajor.

2)   dulu kan zaman walkman. pulak tu tengah muda remaja. haruslah ada walkman untuk mendengar kaset2 lagu artis feveret. dulu, aku ada beli 1 walkman ni.takde la jenama hebat pun. setakat boleh mainkan  kaset dan dengar radio, pun dah kira satu benda yang sangat mengenjoykan.

pastu, ada sorang akak ni. dia juga merupakan orang yang terlibat dengan kes berebut bilik mandi tu. dia pinjam walkman dengan kaset aku. lupa dah kaset apa. kalau tak silap kompilasi lagu2 cinta yang the power of love tuh. haruslah aku sayang giler kaset itu sebab lagu2 yang sangat mendayu. dalam beberapa hari kut dia pinjam. bila bagi balik, walkman aku menjadi nazak. kaset tu aku dah lupa apa jadi. yang aku ingat, terus walkman aku merajuk tak nak mainkan kaset bila dipasang. siapa yang tak sakit hati? dahlah takde cakap apa2 pun kat aku. still, aku harus sahaja menerima perbuatan tersebut tanpa dapat berbuat apa2. iyalah, senior kan besooor kuasanya wpun umur beza setahun aje pun. hmmpphhh

3)   hujung minggu tu ada gotong royong bersihkan dorm secara berjemaah. suddenly, aku ternampak sesuatu yang dipegang oleh kawan aku. cebisan kain yang amat aku kenal. tengok2, t-shirt aku yang molek lagi putih lagi baru dah bertukar menjadi cebisan yang bersalut debu2 dan kotoran. patutlah aku hairan mana pergi t-shirt aku yang 1 tuh. bila aku tanya, kawan aku cakap akak $#$%@! yang potong2 baju tuh untuk dijadikan kain buruk. ngokngek dia kain buruk. baju tu molek aje. ada ke orang ambil baju yang molek lagi untuk dipakai pastu digunting2 wat kain buruk. ada ke???????? atleast, buatlah pengumuman sesiapa yang ada kehilangan baju, sila rujuk kepada bla3.... dahlah baju tu aku sayang sebab ada kenangan tersednri. last2 riwayatnya habis dikerjakan akak bekeng tuh. sakit hati aku tauuuuuuuuuuuuu



itu ajelah dulu. kalau ikutkan, banyak lagi aku nak taip. tapi sebab aku dah malas plus aku nak layan idol army mblaq punya. nak tengok .........
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


SEUNGHO oPpA~~ 
euww.. gediknya.. haha, ada aku kisah?